»

28 November 2014

Kisah Wanita Islam Dan Queen Elizabeth


Seorang lelaki Kristian Eropah bertanya kepada seorang Syeikh yang menjadi imam sebuah masjid di Eropah: “Kenapa dalam Islam wanita tidak boleh bersalam dengan lelaki?”

Syeikh itu menjawab: “Bolehkah kamu bersalam dengan Queen (Ratu) Elizabeth?"

Lelaki Kristian menjawab: “Oh... sudah tentu tidak boleh! Cuma orang-orang tertentu saja yang dapat bersalam dengan Ratu.”

Syeikh tersenyum dan berkata: “Wanita-wanita kami (kaum Muslimin) adalah para Ratu dan Ratu tidak boleh bersalam dengan lelaki sembarangan (yang bukan mahramnya).”

                   Maaf Datin Seri, bukan mahram haram bersalam.....

Lalu lelaki Eropah bertanya lagi, “Kenapa perempuan Islam menutupi tubuh dan rambut mereka?”

Syeikh tersenyum dan keluarkan dua keping coklat. Dia membuka coklat  pertama manakala coklat kedua dibiarkan tertutup. Kemudian Syeikh  melemparkan kedua coklat itu ke lantai yang kotor.

Syeikh bertanya: “Jika saya meminta anda untuk mengambil coklat, mana satu yang anda pilih?”

Lelaki Eropah menjawab: “Sudah pasti yang tertutup…”

Syeikh berkata: “Itulah cara kami melayan dan melihat perempuan kami.”

Lelaki Eropah menjawab: “Wow..Islam is amazing…”


(Sumber: baca-blogspot.blogspot.com)

5 comments:

  1. lelaki kristian tu cakap amazing..tp sekarang lelaki islam sendiri yg merendah2kan martabat kaum wanita

    ReplyDelete
  2. sua cara syeikh tu menjawab tapi sayang lelaki skrg suka mkn biscuit yg telah di lepar ke lantai tu huhuh

    ReplyDelete
  3. Betul cakap diana rashid. Memang membosankan lelaki islam dan melayu ni especiallynya. Pandai kutuk n hentam. Klu takcayecuba tgk status fb. JR pun tak payahlah upload gmbr datin sri tu bersalam.

    ReplyDelete
  4. Just 2 questions yang dijawab dengan penuh hikmah dapat menunjukkan betapa agungnya agama Islam.
    Tapi, sayangnya...ramai yang bernama Islam itu sendiri yang menodainya.
    Tengok saja gambar di atas...
    Jelas, budak (mungkin para hafiz) tu dah besar..dah baligh. Paling tidak, mumayyiz..
    Kenapa masih nak berjabat tangan?
    Jangan biarkan orang lain rasa bersalah kerana anda yang menjahilkan diri anda sendiri..

    ReplyDelete
  5. Indahnya islam.. Lebih indah bila kita mengamalkannya

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....