»

27 October 2014

Barang Di Jual Murah Pun Nak Mengamuk??


Ada sesiapa tak yang akan marah jika dapat beli barang yang sama tapi dijual pada harga sangat murah? Korang marah tak jika dapat beli barang yang sepatutnya berharga RM40 tapi cuma dijual RM20? 

Sapa marah angkat tangan!

Rasanya tak ada sapa-sapa yang marah jika dapat beli barang yang sama pada harga lebih murah. Yang kita marah bila beli barang yang sama tapi dijual dengan harga yang mahal. Mulalah timbul istilah penjual cekik darah, lintah darat, penipu dan lain-lain. Jika dijual murah tak kan nak marah, ucap terima kasih sajalah...nanti mesti datang beli lagi!

Tapi berita dari Pendang, Kedah, ada orang-orang Pendang yang marah kerana Bazaar Melayu Kemboja, Pendang menjual barang terutama kain dengan harga sangat murah. Mereka marah kerana ada pakaian yang biasanya dijual dengan harga RM40, tapi di Bazaar Melayu Kemboja ia cuma dijual pada harga RM20. Tudung-tudung bermutu juga dijual pada harga sekitar RM10 atau lebih murah dari itu....marah sungguh orang Pendang kerana pakaian dijual dengan harga murah!

                                          Bazaar Melayu Kemboja Pendang (Sumber FB BMK)

Korang tak rasa pelik ke bila ada orang Pendang marah bila barang dan pakaian dijual pada harga murah?

Sebenarnya yang marah bila harga barang dan pakaian yang dijual di Bazaar Melayu Kemboja itu murah bukan pembeli kerana setiap pembeli mesti nak harga belian yang terbaik.

Yang marah ialah penjual pakaian sekitar pekan Pendang yang telah lama bertapak di situ. Mereka marah dengan kemunculan Bazaar Melayu Kemboja yang baru beroperasi kira-kira sebulan yang lalu itu. Kebanyakan peniaga Bazaar Melayu Kemboja ini ialah orang-orang Melayu yang berasal dari Kemboja. Peniaga Melayu Pendang bukan marah kepada peniaga Bazaar Melayu Kemboja kerana mereka Melayu Kemboja tetapi kerana mereka menjual barang di Bazaar Melayu Kemboja dengan harga sangat-sangat murah. Jualan yang terlalu murah itu menyebabkan peniaga-peniaga kain dari Pendang kerugian teruk pada setiap hari Jumaat bila Bazaar Melayu Pendang beroperasi kerana pembeli lebih tertarik ke situ dari ke tempat mereka.

Dua hari lepas kabarnya peniaga-peniaga Melayu Pendang yang tak puas hati dengan peniaga-peniaga di Bazaar Melayu Kemboja ini telah mengadakan perhimpunan meminta pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap peniaga Bazaar Melayu Kemboja yang menjual harga pada harga terlalu rendah. Ada yang meminta Bazaar itu ditutup.

JR tak nak komen pasal harga murah yang dijual oleh peniaga Bazaar Melayu Kemboja. Sebagai pembeli tentulah JR lebih suka beli barang dan pakaian yang sama tapi dijual pada harga termurah. Sebagai orang Melayu Islam JR juga tak mahu bermusuh dengan orang Melayu Kemboja yang sebangsa dan seagama dengan JR. Lupakan sekejap pasal kewarganegaraan, kita sama-sama Melayu dan Islam.

Cuma jika JR berada dalam kedudukan peniaga Melayu Pendang tentulah JR juga akan rasa agak susah hati jika orang tidak datang ke kedai kita kerana lebih suka ke Bazaar Melayu Kemboja. Mungkin ketika marah-marah itu kita terlupa sekejap Bazaar Melayu Kemboja itu cuma beroperasi pada hari Jumaat saja, sedangkan 6 hari selebihnya (Sabtu hingga Khamis) kita boleh jual barang dan pakaian tanpa saingan dengan peniaga Bazaar Melayu Kemboja...

9 comments:

  1. Kalau kakcik di sana pun, mungkin akan tunggu hari Jumaat untuk membeli dengan harga yamh jauh lebih murah... :)

    ReplyDelete
  2. Betul tu. Efek bukan seminggu sekali je bang JR, tapi sepanjang masa sebab mesti orang ramai tunggu hari jumaat baru pergi beli.

    ReplyDelete
  3. pelanggan yang bijak akan pilih yang murah.... diorg tak boleh nak marah, kalau rasa nak terus meniaga kena follow la turunkan harga jugak kan kan kan :-)

    ReplyDelete
  4. Ooooohhhh...dah agak dah mesti penjual yang marah.
    Tentu mereka.rugi teruk,kan?
    Kesian jugak..

    ReplyDelete
  5. Bersainglah secara sihat. Ni tidak, sikit-sikit tak puas hati, piket, demo...

    Siapa suruh jual dengan harga tinggi...? Tentulah pelanggan akan beralih kepada yang harganya murah.

    ReplyDelete
  6. ambil la jalan tengah. Kalau org dah jual murah, ko turun la la harga lagi murah. Kalau rasa tak bleh untung, cemana org melayu kemboja boleh jual sgt murah. Cuba la cari supplier mereka. Bersaing la dgn cara yg bermaruah. Rase nak gi shopping kt pendang je bila tau pasal pasar ni.

    ReplyDelete
  7. asalam JR ooo begitu ceritanya..boleh rasa perasaan peniaga yang hilang pelanggan dek sangt murah..tengok kualiti harga murah memang kena bedal jika murah tapi kualiti tinggi..

    ReplyDelete
  8. Jangan ingat jual murah kita lmbt kaya.sebb untung tipis...itu baru pasar kemboja di pendang...belom di pasar kemboja sg.buloh..silap2 tgk harga diorg jual peniaga melayu pendang trus bhnti niaga kot..hahahha...

    ReplyDelete
  9. Jangan ingat jual murah kita lmbt kaya.sebb untung tipis...itu baru pasar kemboja di pendang...belom di pasar kemboja sg.buloh..silap2 tgk harga diorg jual peniaga melayu pendang trus bhnti niaga kot..hahahha...

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....