Korang pernah dengar cerita orang buang air besar atau berak dalam lubang? (Perkataan 'berak' lebih friendly dari 'buang air besar'...tak pa JR guna perkataan tu kan..?)
Tentu ada yang bertanya pasal apa berak dalam lubang, mengapa tak berak dalam tandas?
Jawapannya kerana tandas tak ada di rumah terpaksalah berak dalam lubang! Mereka yang dah tak tahan sakit perut akan ambil cangkul, cari tempat strategik di luar rumah dan kemudian mula menggali lubang untuk menyimpan khazanah dari perut. Lepas proses membuang hajat selesai timbuslah balik lubang tu.
Tak percaya ada orang berak dalam lubang di luar rumah? Kalau ada di negara mana? Di Zambia, Leshoto, Papua, Tibet??
Jawapannya di Malaysialah, di mana lagi. Zaman 1970an dulu di kampung pedalaman fenomena berak dalam lubang ini memang pernah berlaku. Bila JR pergi rumah seorang saudara di satu kampung di pedalaman Kedah tahun 1970an dulu (tak nak sebut nama kampung tu takut nanti ada yang kecik hati), itulah salah satu cara orang kampung itu berak. Kalau nak berak pergi ambil cangkul, kemudian tersusup sasap masuk belukar belakang rumah, lepas itu korek lubang kecil untuk lepas hajat. Itu kira cara berak yang agak bersopan jugalah tu, ada yang melepas pakai 'ikut dan' saja tak tunggu korek-korek lubang lagi, di mana punggungnya melabuh dalam belukar itu, di situlah dilepaskannya....
Berbalik kepada cerita JR yang pergi rumah saudara di pedalaman Kedah tu. Kerana tak biasa dengan cara berak dalam lubang, langsung JR tak membuang selama 3 hari ketika tinggal di situ, sampai bila balik rumah kena sembelit pulak...hehehehe..
Tapi itu cerita tahun 1970an. Masa itu negara masih belum maju seperti sekarang. Boleh dimaafkan lagilah..
Tak sangka pula di zaman ini rupanya masih ada orang Malaysia yang berak dalam lubang yang digali sendiri seperti zaman 1970an dulu. Mengikut Datuk Seri Abdul Ghapur Saleh (Ahli Parlimen BN dari Kalabakan) masih ramai orang Sabah yang miskin terpaksa berak cara itu kerana rumah mereka tak ada tandas. Baca di sini...
Kalau yang kata ramai orang Sabah berak dalam lubang itu ahli politik pembangkang dari Semenanjung tentu kita ingat itu semua fitnah, saja-saja nak menghina orang Sabah. Tapi bila yang berkata seperti itu tokoh kerajaan dari Sabah sendiri, memang boleh percayalah..
Kesian kan..? Ketika dalam berita TV kita selalu diberitau Malaysia negara maju yang selalu menjadi contoh dan dikagumi negara-negara luar tapi rupanya masih banyak rumah di Malaysia yang belum ada tandas dan penghuninya terpaksa berak dalam lubang tanah...
eh, sama la...! masa saya sekolah, pernah tinggal dengan arwah nenek. kalau nak berak kena bawak cangkul, lepas tu pergi kat bawah kebun getah (masa tu pokok muda belum ada hasil). bila dah selesai, terkengkang-kengkang la pergi perigi untuk istinja'. hahaha...
ReplyDelete*sayangnya, sabah negeri yang ada banyak sumber, tanahnya luas. tapi rakyatnya antara yang termiskin...
jadinya JR, zaman 70an dulu tu, anak anak dara pun kena berak kat lubang? hahahhaa..
ReplyDeleteasalamualaikum JR, tempat Etuza tak ada macam tu, rasasedih juga baca ni, Etuza tak napikan di Pedalaman Sabah ni, Etuza tak tahu lah dekat mana ada macam tu...Keningau x ada dah macam tu. Rasa ni satu Sabah kena kan, pemimpin2 Sabah lah kena majukan kawasan itu jika benar ada mereka jumpa situasi begitu...
ReplyDeleteUntuk pengetahuan semua Daerah Keningau memang kawasan Pedalaman Sabah. Tapi keningau kini tumpuan pelancong ....pesat membangun ...dan ramai Guru dari seberang ada di Keningau sekarang ..sekolah Etuza ja ada 2 orang kelantan.
ReplyDeletetu sbb menteri kata kurangkan subsidi minyak utk menyediakan kemudahan utk sabah serawak ... katanya la ... buat / idak tu x tau la ...
ReplyDeleteHai uncle.. Sy dr sabah.. Tmpt datuk ni jd wakil rakya. Datuk ni ckp je lebih.. Dia sendiri jarang turun padang nk jmpa pddk kmpg.. Bila dia ckp mcm ni kami cuma geleng kepala je. Bg kami dia ni nak tarik perhatian.
ReplyDelete-sarah
Tawau,sabah
itu mungkin simboliknya tentang taraf hidup orang sana. bukan saja sabah, silap haribulan kat tempat kita pun ada.
ReplyDeleteIM pernah join ngo bagi sumbangan kat fakir miskin. macam tak percaya bila jumpa stu rumah tu, tak boleh naik ramai-ramai takut roboh.
bila kita memandu, jangan ingat di tepi jalan itu rumah batu sahaja. mungkin jauh di dalam sana ada rumah kayu yang atapnya berlubang...
dulu kat kg saya ada sorg dua yg mcm tu...kerajaan bg 'kok' utk dibuat tandas tp depa tak mau amik barang2 dari kerajaan...haha saya tak mau pergi kerumah depa jika diajak oleh emak..
ReplyDeletekat kampung ita pun ada jugak yang berok jenis macam ni..tapi itu dulu lah ..sekarang ni rata2 memang semua dah cukup lengkap..
ReplyDelete