Baik hatinya Hospital Pakar KPJ Ampang Puteri, sanggup menaja orang bersalin!
Memang baik hati sungguh, malah terlebih baik hati. Hospital itu bukan saja sanggup menaja orang bersalin dengan layanan KELAS PERTAMA tapi lepas bersalin diberi pula rawatan susulan percuma kepada ibu dan anak. Tu dia baiknya hospital tu...Semoga Allah melimpahkan lagi rezeki untuk mereka.
Dan orang yang ditaja bersalin itu seperti dalam berita ini ialah selebriti bernama Rozita Che Wan atau Che Ta. Jadi bukan semua orang ditaja, cuma Che Ta saja yang ditaja....
Mengapa Che Ta yang ditaja bersalin dan bukan Kak Bedah dari kampung pedalaman Baling, Kedah atau Kak Leha dari kampung nelayan Seberang Takir, Terengganu atau Kak Lenny dari sebuah kampung pedalaman di Pitas, Sabah?
Adakah Che Ta ditaja kerana dia sudah sangat kaya, anak baru berumur 18 tahun sudah dapat hadiah BMW 6 Series berharga RM700,000? Adakah dasar hospital kaya cuma menaja orang kaya yang tak kisah pun jika dia bersalin ditaja atau tak ditaja?
Rasanya jika wang untuk menaja Che Ta dengan layanan kelas pertama itu digunakan untuk menaja 10 orang miskin beranak cara biasa-biasa ia lebih besar pahalanya.
Rasanya jika wang untuk menaja Che Ta dengan layanan kelas pertama itu digunakan untuk menaja 10 orang miskin beranak cara biasa-biasa ia lebih besar pahalanya.
Tapi terpulanglah kepada pihak hospital itu nak taja sapa pun kan? Itu duit depa kan, ikut suka depalah nak taja sapa pun, ikut suka depalah nak cari pahala atau untuk mendapat pulangan dana...hehehehe..
asalam JR..huuu memang hebat hambaNya ini..rezeki anak tu..
ReplyDeletepromosi je tu bang JR. kalau dulu ambik selebriti promosikan produk kecantikan, zaman la ni depa ambik sebab nak promote servis kesihatan (hospital). lepas orang dah kenal, boleh la depa bagi caj tinggi2. orang kaya je boleh dapatkan rawatan dan mati kat situ...
ReplyDeleteTaja ada makna tu.. ala2 duta hospital. kot nanti ada tv nk buat show apa, boleh minta bayaran. Cover la balik.
ReplyDeleteDah rezeki cik ta dan anaknya. KanAllah dah tentukan rezeki setiap hambaNya. Kalau saya dioffer saya pun teringin..hihih
ReplyDeletetu cara org korporat buat marketing utk bisness . klu ko x de rm , ko x femes , blh blah ... ermmm
ReplyDeleteAlhamdulillah rezeki Cik Ta & anaknya..
ReplyDeletepsstt: saya bersalin di hosp kerajaan. Layanan 1'st class & 'free of charge' ..
bahagian masing masing
ReplyDelete