»

18 October 2014

Nostalgia Skodeng Anak Dara Mandi


Pagi kelmarin JR ada buat entri mengenai isu berak dalam lubang.

Tergelak JR dengan pertanyaan doktor muda kita ni:

 Jawapan kepada soalan doc: YA! Apa yang JR tengok kat rumah yang JR pergi kat Kedah zaman 1970an tu, semua mereka anak beranak kena berak dalam lubang, termasuk mak, ayah, anak dara dan anak teruna mereka. Tapi tengok mereka macam susun jadual untuk berak elok saja, tak pernah agaknya si-bapa misalnya bertembung dengan anak daranya yang sedang menggali lubang berdekatan dengannya untuk berak, jika tidak...auwwwww!!

Mungkin kerana cangkul cuma satu, jadi mereka pergi bergilir-gilirlah untuk korek lubang menanam isi perut. Cuma kena berjaga-jaga jugalah masa korek lubang, jangan terkorek lubang terjumpa pula khazanah orang lain di dalam tanah...hehehehe..

Tapi satu lagi yang menarik tentang cerita berak dalam lubang ni ialah kadang-kadang ada geng skodeng yang kerjanya ialah mengendap anak dara berak. Tapi ikut ceritanya geng skodeng ni dari kampung luar. Orang kampung yang JR pergi rumahnya tu tentu tak mau masuk geng skodeng anak dara yang berak di kampungnya, nanti tersilap strategi ternampak mak atau kakak sendiri yang sedang membuang...memalukan!

Kat kampung JR di Penang pulak, pada zaman 1970an tu rumah-rumah di sana dah pun guna tandas, tapi kebanyakannya tandas curah yang terletak di luar rumah. Yang duduk di bandar pula pakai tandas tong (juga terletak di luar rumah), pagi-pagi ada geng Majlis Bandaran yang datang kutip khazanah tu dari bawah tandas..

Cuma zaman 1970an tu di kampung JR tak pernah dengar geng skodeng anak dara berak. Tapi geng skodeng anak dara mandi memang aktif juga. Kadang-kadang geng skodeng anak dara mandi ni datang dari luar kampung, tapi jiran sekampung pun pernah juga buat kerja tu. Kadang-kadang ada yang kena tangkap lepas perempuan yang mandi tersedar dirinya diintip. Yang kena tangkap kena belasah teruklah, malu ibu bapa!

Geng skodeng perempuan mandi ni cuma aktif pada waktu awal pagi, maklumlah masa tu cuaca masih gelap  atau lepas maghrib. Rumah orang kampung masa tu bilik airnya bukan sempurna sangat. Banyak lubang yang membolehkan mata dari luar meneroka imej seksi dalam bilik air...hehehehe..

Oleh itu sapa nak mandi time gelap-gelap macam tu kena berjaga-jagalah...mungkin anda sedang diperhatikan...

Bila teringat nostalgia zaman 1970an tu, kadang-kadang rasa nak gelak. Mungkin ada yang tergamak skodeng orang berak atau orang mandi sebab itu salah satu hiburan yang paling  challenging pada zaman itu. Lagi pun 1970an tu zaman jahiliyah, rakan-rakan pompuan di sekolah semuanya masih free hair dan pakai skirt yang menampakkan paha gebu....

9 comments:

  1. sekarang skodeng pakai kamera tersembunyi.

    ReplyDelete
  2. Huish. Sanggup tengok gadis-gadis meneran keluar taik... Tak geli ke...? Hohoho...

    ReplyDelete
  3. nasib baik la zaman tu kamera masih mahal dan x mampu milik , klu tdk femes lah mereka sekejap ...

    ReplyDelete
  4. haha..hiburan percuma..lps tu mesti seronok cerita kat kawan2..:)

    ReplyDelete
  5. Yelah..masa kecik2 kat kg nenek mmg sume open. Mana ada bilik air. Tdg pun mak tak pakai lg..zaman jahiliyah!

    ReplyDelete
  6. tu normal zaman dulu...skodeng sekadar suke2..
    tapi skodeng orang zaman leni lagi teruk...

    ReplyDelete
  7. JR...seronok nyer cerita...macam pengalaman sendiri ja skodeng2 tu... he he..

    ReplyDelete
  8. Asalam...tak apa tu cerita lama kan JR ..kita pandang pula kehidupan mendatang, Dengan kuasa teknologi kini pencerobohan pembunuhan dan pengaruh begitu cepat menular dengan adanya kemajuan menukrkan yang lama. Appaun begitulah hal nya cerita masa lalu...jadi lucu kini

    ReplyDelete
  9. Hahahahhaa..

    Saya tanya sebab saya bayangkan anak dara di skodeng la tu JR !

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....