Dua hari lepas JR bersembang dengan seorang saudara jauh yang terjumpa di market. Saudara jauh itu berusia awal 30an mempunyai 2 anak - kedua-duanya perempuan. Dia beritau JR kalau isterinya mengandung lagi dia berharap dapat anak lelaki pula.
Secara berjenaka dia yang tau JR ada 5 anak lelaki bertanya - ada tips ke nak dapatkan anak lelaki? JR pun jawab, ada tipsnya tapi kena belanja teh dulu!
Memang pernah dengar macam-macam tips bagaimana nak memilih jantina anak:
1- Jika nak anak lelaki suami kena lebihkan makan daging, kurangkan sayur. Jika nak anak perempuan suami kena lebihkan makan sayur, kurangkan daging.
(JR memang tak suka daging, sayur kena ada setiap kali makan. Tapi hasilnya Allah tetap kurniakan 5 anak lelaki, cuma 1 perempuan!)
2- Jika nak anak lelaki kena makan lebih banyak makanan laut seperti udang, sotong dan ikan. Ini kerana sodium dalam makanan laut boleh meningkatkan kemungkinan untuk mendapat anak
lelaki. Jika nak anak perempuan pula, makanan berasaskan tenusu
perlu diambil dalam kuantiti yang banyak seperti susu dan yogurt.
(JR memang tak suka makanan laut seperti udang, ketam dan sotong...alergik! Tapi mengapa masih boleh dapat 5 hero?)
3- Mengadakan hubungan intim suami isteri mengikut tarikh kesuburan isteri.
4- Posisi ketika mengadakan hubungan intim suami-isteri juga kononnya boleh mempengaruhi jantina anak.
Kerana isteri JR hendakkan sangat anak perempuan, sebagai suami JR lakukan apa saja ikhtiar termasuk nombor 3 dan 4 di atas, tapi semua anak JR dari nombor 1 hingga 5 tetap lelaki.
Dalam banyak-banyak tips itu ada juga tips pelik, tapi demi ikhtiar dilakukan juga..
Salah satunya kalau nak anak perempuan, kata tip itu, pasangan itu kena pergi curi senduk rumah orang lain. Ingat...bukan pergi pinjam senduk, tapi pergi curi!
Isteri JR pernah pergi ambil diam-diam (bahasa paling sopan menggantikan perkataan 'curi') senduk di rumah jiran ketika dia mengandung anak ketiga. Tapi bila anak ketiga lahir - lelaki juga yang keluar! Bila senduk itu dikembalikan semula ke rumah jiran selepas misi gagal, tuan rumah ketawa besar: "Patutlah senduk antik tu dah lama tak nampak, rupanya ada orang nak buat ubat!!", kata Kak Zaidah.
Akhirnya kerana semua tips tak boleh pakai, lepas dapat 5 hero, JR dan isteri pasrah saja pada Allah, tak nak lagi ikut apa-apa tip.
Bila isteri mengandung anak keenam, JR melarang isteri untuk buat scan. JR tak nak tau jantina anak sehingga anak keenam itu lahir...Ketika itu jantina anak tidak penting lagi, yang paling penting ialah anak keenam lahir dengan selamat dan sihat.
Dan akhirnya, inilah rupa anak bongsu keenam itu selepas 15 tahun dilahirkan:
Jika Allah nak beri, tanpa tips, tanpa perlu curi senduk jiran pun boleh dapat anak perempuan, hehehehehe...
haha kelakar juga petuanya.. tapi betullah kalau Allah nak bagi takyah tip bagai pun dapat..
ReplyDeleteMak oiii 5 orang boys.
ReplyDeleteSaya 3 orang pun dah fenin.
Kalau kita dah usaha tapi bukan seperti yang kita harapkan, pasti ada hikmah disebaliknya.. ;)
ReplyDeleteBunda tak pakai apa2 tips pun...pasrah jer...janji selamat dan sehat...
ReplyDeleteDapat dua lelaki dua perempuan...selang bunga lagi...Alhamdulillah...
hahaha.. curi senduk dengan restu tu.. hahhaa.. lawak lah Jay.. tapi betul la, kalau nak sesuatu kenalah berusaha, lepas berusaha kita tawakal
ReplyDeleteJR, saya bincang dgn suami utk dptkan anak pompuan plak lepas ni. Pastu saya suggest kat dia beberapa petua seperti yg JR tulis kat atas ni, pastu dia jawab, dia tak percaya semua tu. Dia hanya percaya, kalau Allah nak bagi, kita buat le teknik mcmn pun, Allah akan bagi. So, saya senyap je la. Huhu. Betul la apa yg dia cakap tu.
ReplyDelete