Hari Sabtu lepas JR bawa kereta ke kedai aircon kerana kereta ada masalah sikit. Di sana JR berkenalan dengan seorang lelaki keturunan Cina berusia lewat 30an yang juga membawa keretanya untuk diservis.
Lelaki Cina bertubuh kurus tinggi itu sangat ramah. Dia beritau namanya Tan. Entah macam mana, tiba-tiba kami bercakap tentang soal obesiti. Kata Tan walaupun dia dan isteri bertubuh kurus tapi dua dari tiga orang anaknya menghadapi masalah obesiti.
Masa cuti penggal persekolahan yang lalu,Tan beritau mereka telah pergi melancong ke Laos. Dia menceritakan satu peristiwa yang melucukannya ketika berada di Laos.
Malam pertama mereka tiba di Laos, mereka makan di sebuah restoran di Vientiene, ibu negara Laos. Di dalam restoran itu kata Tan dia perasan ramai orang seperti memerhatikan meja tempat mereka sekeluarga makan. Sampai isterinya rasa tak selesa dan minta mereka pindah ke tempat lain.
Tetapi di restoran kedua itu juga sama. Ramai seperti memerhatikan keluarga Tan sambil berbisik-bisik sesuatu.
Sedang mereka menunggu makanan sampai, tiba-tiba masuk satu keluarga Laos terdiri dari suami, isteri dan empat orang anaknya. Tiba-tiba seorang budak lelaki dan seorang budak perempuan anak pasangan Laos itu menghampiri mereka. Yang perempuan memegang pipi tembam dua anak lelaki mereka dengan penuh kehairanan. Yang lelaki pula sampai membelai-belai perut salah seorang anak lelakinya sambil ketawa.
Lepas itu barulah Tan tau budak-budak Laos itu tak pernah lihat orang gemuk di negaranya kerana orang Laos kurus-kurus belaka. Sebab tak pernah tengok orang gemuk, bila nampak 2 orang anaknya yang gemuk, budak-budak Laos itu teruja untuk mendekati dan menyentuh orang gemuk. Sebab itulah sampai ada yang pegang pipi dan perut anaknya, geram tengok isi yang menggelebeh!
Ketika Tan, isteri dan tiga anaknya nak tinggalkan restoran itu, tiba-tiba seorang lelaki tua datang menghampiri dua orang anak Tan yang tembam itu. Sekali lagi pipi anak-anak Tan menjadi sasaran belaian. Lelaki Laos itu berkata sesuatu kepada Tan dalam bahasa yang tak difahaminya tapi Tan kata mungkin lelaki itu kagum bagaimana dia "berjaya" membesarkan anak-anaknya hingga jadi begitu gebu dan gemuk...
Kata Tan sepanjang 5 hari mereka berada di Laos, ramai orang memberi perhatian kepada mereka gara-gara tubuh gempal dua anaknya. Anak-anaknya yang gempal itu juga gembira sepanjang berada di Laos kerana mereka sentiasa menjadi perhatian ramai. Untung juga jadi orang gemuk di Laos, sentiasa diperhatikan, dikagumi...
Tapi kata Tan bila sampai ke Malaysia, tiada sesiapa lagi beri perhatian istimewa kepada kegemukan anak-anaknya. Bagaimana orang Malaysia nak pedulikan anak-anaknya yang gemuk kerana 42% daripada rakyat Malaysia sendiri gemuk? Malaysia adalah negara yang penduduknya paling gemuk di Asia Tenggara, badan gemuk dah jadi trend popular di sini....
44.2% daripada rakyat malaysia hadapi masalah overweight...
klau mcm tu ler kan..saya pon nak pindah ke laos, hahaha...:)
ReplyDeleteKalau kakcik pergi ke Laos, agak2nya jadi perhatian tak? :)
ReplyDeleteobesiti kat malaysia dah jadi perkara biasa... tapi bila yg kurus2 masuk kedai..ramai yg perhati dan tanya 'dah berapa hari tak makan?'
ReplyDeletehehe
Sebab itulah agaknya, kalau kita nak bantu perjuangan Al Qassam, Al Qassam akan tanya...
ReplyDeleteSanggupkah kamu makan sekali sehari?
Tak berani nak jawab...
Camne tak gebusss.. bercucuk-tanam, sukan semua pun online huhuu
ReplyDelete
ReplyDeletePre order original Bagelen Kartika Sari fresh dari Bandung whatsapp dazlina 0192633431
Org Malaysia mana tak gemok JR....
ReplyDelete- makan 24 jam ...mamak bukak 24 jam..
- bersenam malas...parking kereta kalau boleh nak betul2 depan pintu supermarket
dan ramai orang kurus kat Malaysia terpedaya..mereka ingat mereka OK, tapi cuba buat test cholestrol, cuba buat fat % test...ramai juga yg ' skinny fat"
kalau pergi uzbekistan, orang sana suka isteri gebus2.. Mereka tak suka beristeri perempuan kurus. Maksudnya si suami telah jaga isteri dgn baik kononnya. Hihi makcik Hana dulu siap pesan kalau ko tak kawen lagi nanti ikut dia gi uzbek.. ohh pleasee.. i alls x la gemuk sangat..hihi comel je
ReplyDeleteObes taknak kering kerempeng pun taknak...yang sedang2 ajer...
ReplyDeleteMakanan banyak yang sedap.. menggugat selera.. huhuhu..
ReplyDeleteNak gemuk senang.
ReplyDeleteNak kuruskan balik tu yang susah.
Harap amalkan cara hidup sihat.
Makan jangan ikut tekak sangat tau:)
Bila dah obes, akan ada pelbagai penyakit yang tak diundang datang.
ReplyDeletenak gemuk senang tapi nak kurus tu susah..
ReplyDeletelagipun kalau gemuk sangat susah nak bergerak..penyakit pun ske je bertandang
oh menakutkan..sebab tu SA diet sekarng
ReplyDeletenak prgi laos lah...... wuwuwuwwu
ReplyDeletewah, kalau saya pindah ke laos, mesti jadi perhatian ni.
ReplyDelete