»

01 October 2014

Lain Cakap Lain Buat


Kadang-kadang nak tergelak bila baca tulisannya dalam WhatsApp. Dia memang rajin menulis dalam grup WhatsApp. Kebanyakan tulisannya mengenai nilai-nilai moral, agama dan kekeluargaan.

Dia memang orang kuat masjid. Dah dua kali pula pergi buat haji. Bila dia tulis tentang agama, perlunya kita mengikut jejak dan perangai Rasulallah, tulisannya memang sesuai dengan ketrampilannya yang alim itu.

Pernah dia menulis tentang hubungan kekeluargaan. Anak-anak perlu menghormati orang tuanya. Bila sudah kerja jangan lupa mengunjungi ibu bapa, jika ada sedikit wang sedekahkan kepada mereka.

Mungkin tak ramai orang yang tahu - kecuali mereka yang menjaga ibunya - yang dia sendiri jarang-jarang melawat ibunya, walau jarak rumahnya dengan rumah adik perempuan yang menjaga ibunya cuma 7 km saja. Dia cuma melawat ibunya (lawatan wajib) 2 kali setahun pada Hari Raya Puasa dan Raya Haji. 

Memang tak patut salahkan dia bila melawat ibunya cuma 2 kali setahun. Dia terlalu sibuk agaknya dengan aktiviti sosial dan agama hingga tak ada masa melawat ibu kandung sendiri. Dia terlalu sibuk, mungkin sukar mengurus masa untuk melawat seorang ibu walau dia sudah lebih setahun pencen. Dia terlalu sibuk untuk melawat seorang ibu kerana masanya sekarang banyak untuk lawatan ke pelbagai destinasi seperti Beijing, Vietnam, Krabi...

Walaupun dia pernah menulis dalam WhatsApp anak-anak bila kerja perlu menghulurkan bantuan kepada ibu bapa, tapi dia dikenali sebagai abang sulung yang tak pernah menghulurkan sesen pun wang kepada ibu bapanya sendiri sejak kahwin hingga kini dah pencen.

Walaupun dia pernah menulis kita perlu mengikut jejak langkah Rasulallah dalam melayari hidup tapi dia sendiri bukan contoh terbaik dalam hubungannya dengan adik beradik dan ibu bapa. Rasulallah begitu pemaaf, tapi dia pendendam, tak pernah mau mengalah, walau terhadap adik-adik kandung sendiri. Rasullallah tidak pernah berkira dengan wang dan harta tapi dia begitu kedekut dan tak mahu bertolak ansur dalam soal wang ringgit.

Nanti sempena hari raya Qurban mungkin dia akan menulis mengenai pengorbanan. Apa pengorbanan yang boleh kita lakukan sebagai seorang Muslim dalam masyarakat. Apa pengorbanan yang boleh dilakukan oleh seorang anak kepada orang tuanya seperti yang dilakukan Ismail kepada ayahnya Ibrahim. 

Nasib baik ibunya tak ada telefon pintar, tak tau tentang WhatsApp. Jika ibunya menjadi ahli grup WhatsAppnya, tentu dia juga akan tersenyum membaca setiap tulisan anaknya. Cakap lain, buat lain...

NOTA: Angggaplah entri ini bukan untuk mengumpat sesiapa. Ia cuma catatan duka berdasarkan pemerhatian JR terhadap keluh kesah seorang ibu yang sentiasa merindui anak-anak yang jarang menjenguknya....

9 comments:

  1. macam orang selalu cakap, keyboard warrior....apa yang ditulis tak semestinya melambangkan tingkah seseorang

    ReplyDelete
  2. Munafik tu JR...
    Moga kita dijauhi dari sifat munafik

    ReplyDelete
  3. haha..ketam mengajar anaknya berjalan dgn lurus....

    ReplyDelete
  4. Sebenarnye ade org camni JR. Cakap agama hebat2, tp masa mak dia sakit sikitpun dia tak usaha datang ziarah. Cuma ade sekali dia datang, tu mase mula2 mak dia kene sakit. Sampai mak dia nazak, asyik sebut2 nama anak dia. Semuanye sebab mak dia terlalu rindukan anaknya. Sampai mak dia hembuskan nafas terakhir barulah dia balik. Sayu hati ana ni JR. Sedih sangat dgn org macam ni. T_T

    ReplyDelete
  5. peringatan untuk kami jugak ni...

    ReplyDelete
  6. Nasihat orang, tapi rupa-rupanya diri sendiri lagi teruk. Macam mana tu.

    ReplyDelete
  7. rocky the great brown flesh vibrator says: hek eleeehhh.. macam baca artikel Mingguan Malaysia la pulok; ckp bukan maen lagi pasal artis tu astis ni tapi tak nak tulis nama artis (ini kategori bengong & bodo dari bulu dubur)...

    ReplyDelete
  8. Yelah......kadang tu cakap mmg tak serupa bikin, nasihatkan org bukan main pandai tp bila tang diri sendiri mmg mudah lupa. Itu ujian buat dia sebenarnya. Bukan mudah nak menjaga seorang ibu walaupun kita sedia maklum ganjarannya mmg besar. Moga kita yg melihat ini dpt jadikan teladan mana yg baik

    ReplyDelete
  9. ahaa...ckp mmg mudah tapi bila nk buat..hadoyai...sabar je lah..x leh nk respect dgn org mcm tu

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....