»

02 October 2014

Kita Bukan Orang Baik?


Masih ingat tentang cerita Mohammad Sohail pekedai baik hati dari New York yang berjaya menumpaskan perompak yang ingin menyamun kedainya dan kemudian menghadiahkan wang dan makanan kepada perompak itu? Masih ingat tentang perompak yang terkejut dengan kebaikan Sohail akhirnya mengucap dua kalimah syahadah di depan Sohail kerana tertarik dengan agama yang menjadikan Sohail seorang yang begitu budiman? Bagi mereka yang dah terlupa tentang kisah ini boleh baca ceritanya di sini ...

Minggu lepas ada satu lagi cerita yang hampir serupa berlaku di Dubai.
Ia tentang 23 pemain bolasepak sebuah negara Afrika, Cameroon yang menyertai sebuah kem latihan bolasepak selama 2 bulan di Dubai.

23 pemain bolasepak itu, majoritinya beragama Kristian tertarik dengan nilai-nilai murni yang ditunjukkan oleh penganjur kem bolasepak itu. Dan akhirnya kesemua mereka mengucap syahadah, memeluk Islam.

                                                    (sumber: www.worldreligionnews.com)

 Benoit Assou-Ekotto (depan, kanan) antara pemain beragama Islam dalam skuad kebangsaan Cameroon.
 Sebahagian dari pemain bolasepak Cameroon yang memeluk Islam

Kisah-kisah sebegitu menyedarkan kita bahawa tidak rugi menjadi orang baik. Orang yang memerhatikan kita akan menilai kebaikan kita dengan agama yang kita anuti. Mereka akan berkata kita seorang yang baik kerana kita menganuti agama yang baik.

Agaknya apa pandangan orang-orang bukan Islam terhadap Islam di Malaysia? Orang Melayu yang beragama Islam adalah yang paling ramai terlibat dengan gejala negatif - menagih dadah, meragut, merempit, membuang anak, menerima rasuah, bla bla bla...?

Apakah mereka menyangka Islam adalah agama yang terbaik bila melihat kita sendiri umat Islam bukan manusia terbaik yang boleh dicontohi?

7 comments:

  1. di tempat kita,islam sendiri dihina oleh org kita sendiri..

    ReplyDelete
  2. Tak rugi kita berbuat baik pada orang lain tapi kadangkala disalah erti kebaikan kita itu..

    ReplyDelete
  3. Assalam singgah
    Alfatihah untuk Mohd Sohail yang berhati emas, sikapnya memberi banyak imfak kepadanya disana..aminn

    Bukan senang nak peluk Islam seramai tu sekali gus...subhanalllah

    ReplyDelete
  4. Subhanallah..sebab tu la dgn kebaikan Rasulullah 3/4 dunia terpegun melihat akhlak Rasulullah. Bahkan orang yahudi turut terpegun dgn kebaikan nabi Muhammad SWT. Rasulullah idola kita. ^_^

    ReplyDelete
  5. Dua dua pun pernah baca ceritanya....masyaallah indahnya Islam itukan JR..... Moga lebih ramai lagi yg mendapat hidayah Allah

    ReplyDelete
  6. semoga ramai lagi yang akan memeluk islam, islam ini indah..agama Allah...syukran ..

    ReplyDelete
  7. cara hidup slam keturunan tidak sama dgn cara hidup org yang baru memeluk islam

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....