»

16 May 2011

Niat Nak Merompak, Tapi Akhirnya Masuk Islam...

Nama Mohammad Sohail sehingga kini masih menjadi sebutan warga Amerika, terutama mereka yang tinggal di New York. Tiba-tiba sahaja pekedai Muslim yang berasal dari Pakistan ini menjadi selebriti terkenal kerana mempunyai hati yang sungguh mulia. 

Namanya menjadi sebutan dan mendapat liputan di arus media selepas seorang lelaki cuba merompak kedai Shirley Express iaitu kedai milik Mohammad Sohail di Shirley, New York pada 2 Jun 2009. Perompak itu masuk dengan memegang tongkat baseball dan menuntut wang. Tetapi Sohail yang sentiasa tenang itu  memutuskan untuk menarik keluar senapang yang disimpannya dan menghalakan ke kepala perompak itu. Perompak yang terkejut dengan tindakan Sohail tiba-tiba  terus melutut ke tanah sambil menangis. Apa yang perompak itu tidak tahu ialah sebenarnya senapang itu tidak mempunyai peluru!!

Perompak itu melutut sambil menangis


Perompak itu  mula menangis seperti budak kecil, sambil menyatakan dia hanya merompak kedai kerana dia tidak punya pekerjaan dan keluarganya pula sudah tidak mempunyai bekalan makanan. Sohail kasihan selepas mendengar rintihan perompak tersebut dan mengambil keputusan untuk menolongnya.

"Ketika saya melihat dia mulai menangis, saya dapat rasakan yang dia terdesak dalam hidupnya sehingga mengambil keputusan untuk mencuri" katanya kepada CNN.

Sohail meminta perompak itu berjanji supaya untuk tidak merompak lagi, kemudian memberinya US $40 dan bungkusan roti. Lelaki itu menjawab dengan mengatakan dia ingin menjadi Muslim seperti Sohail yang sentiasa baik hati. Sohail mengajar  dua kalimah syahadah kepada perompak itu dan mengesyorkan nama Zardari Nawaz Sharif kepadanya.

Sementara Sohail pergi untuk mendapatkan susu untuk perompak, perompak itu terus melarikan diri. Namun Sohail tidak menekan butang amaran selepas itu dan membiarkan perompak itu melarikan diri.

Selepas banyak pihak mengetahui tentang kebaikan Sohail yang luar biasa itu, mereka mula menghantar banyak wang kepadanya. Tetapi Sohail tidak menggunakan wang yang didermakan kepadanya untuk dirinya. Dia memutuskan untuk memberikan kepada orang-orang yang tidak berkemampuan dengan menawarkan roti dan kopi percuma pada setiap malam. 

Sohail menawarkan roti dan kopi percuma pada setiap malam untuk yang tak berkemampuan.


Seminggu kemudian Sohail menerima surat tanpa alamat pengirim yang mengandungi wang $ 50 dan nota. Kandungan surat itu berbunyi:

"Anda telah menukar keseluruhan hidup saya ... Pada waktu itu saya tidak punyai duit, tidak punyai makanan, meja saya kosong, saya tak punyai kerja. Saya tahu ini kerja yang salah dengan merompak tetapi saya tidak punyai pilihan. Saya perlu memberi makanan kepada keluarga saya. Bila kamu acukan senapang, saya yakin 100% saya akan mati. " Tapi kamu telah menjadi inspirasi saya untuk saya menjadi "muslim sebenar"




Mohammad Sohail holds up a $50 bill and
Sohail menunjukkan wang USD 50 dan surat penghargaan yang diterimanya daripada perompak tersebut.

"Saya sangat gembira bahawa seseorang itu telah mengubah hidupnya," kata Sohail dalam wawancaranya dengan CNN. "Jika dia masih lagi melakukan jenayah, hidup dia takkan berubah. Tapi sekarang dia adalah orang yang baik di dalam komuniti ini dan saya sangat gembira untuk itu. Dia kini sudah berjaya keluar dari masalahnya, dia tidak meringkuk dalam penjara dan boleh mengurus keluarganya sendiri dengan baik"

(sumber: ny.dailynews.com)


Nota JR: Mohammad Sohail, lelaki berhati mulia itu telah meninggal dunia pada 20 Ogos 2010 akibat serangan jantung pada usia 48 tahun. Al-Fatihah untuk Sohail dan semoga Allah menempatkan manusia berhati emas ini di dalam syurgaNya...

2 comments:

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....