»

25 October 2014

Kacang Parpu Daun Karapole


Pagi kelmarin isteri JR minta anak nombor 5 - Farhan - untuk pergi kedai runcit dekat rumah.

"Beli kacang parpu dalam RM2" pesan isteri.

"Kacang parpu?" tanya balik Farhan. Mungkin tak pernah dengar nama kacang parpu kot?

"Haaa aaa..kacang parpu.." ulang isteri. Isteri minta beli kacang parpu untuk dibuat nasi kacang bagi hidangan makan tengahari.

"Nanti Cina kedai runcit tu tak tau pula apa tu kacang parpu" sampuk JR, "Kalau dia tak tau kacang parpu, minta dengannya kacang dal"

Tak lama kemudian Farhan balik dari kedai dengan membawa sebungkus kacang parpu. Ini gambar kacang parpu yang telah dimasukkan ke dalam mangkuk sebelum direndam:



JR tanya Farhan, susah tak cari kacang parpu di kedai runcit Cina tu?

"Bila minta kacang parpu, Cina tu kata kacang parpu tak ada, "terang Farhan, "Bila minta kacang dal barulah dia tunjukkan tempatnya".

Begitu rupanya... bukan semua orang tau apa itu kacang parpu. Di Utara memang kacang dal lebih dikenali sebagai kacang parpu, terutama bagi generasi lama. Perkataan parpu diambil dari Bahasa Tamil - Thuavaram Parupu. Tapi generasi sekarang lebih mengenali kacang parpu sebagai kacang dal.

Lepas Farhan balik dari kedai, JR minta anak nombor 2 - Faez - tolong ambil daun karapole di belakang rumah. Faez memandang JR dengan wajah kosong. JR tau dia tak faham apa itu daun karapole.

Lalu JR pergi ke belakang rumah dan tunjukkan kepada dia rupa daun karapole:



"Aaaa.. daun ni taulah, daun kari.." kata Faez.

Memang daun kari dan daun karapole benda yang sama. Cuma di Utara daun kari juga dikenali sebagai daun karapole atau daun karipole. Perkataan karapole @ karipole berasal dari Bahasa Tamil karivepallai...

Sebagai bahasa dinamik, Bahasa Melayu juga telah mengalami banyak penghijrahan sebutan... Salam Maal Hijrah untuk semua pembaca blog JR..

9 comments:

  1. hahahaha...awat kat utara banyak pinjam bahasa Tamil?
    patutnya pinjam bahasa Siam...hihihihih..

    Nasi kacang tu macam mana pula JR? 1st time saya dengar ni

    ReplyDelete
  2. lepas ni kalau saya guna perkataan tu mesti tercengang yang mendengarnya.. hehehe..

    psstt: saya tak jaringkan gol sebab saya lebih kepada defend dalam game futsal tu.. ;)

    ReplyDelete
  3. untung sy membesar dengan dailek utara , memang dah biasa sebut di sana cuma bila berhijrah ke KL ni sesekali tersasaul jugak...

    ReplyDelete
  4. Memang pun JR...anak2 zaman laa ni kurang tau 'nama2 lama' benda2 macam ni...kita lah kena buat praktikal untuk mereka...dengan menunjukkan contoh bahawa benda yg sama tapi berbeza nama...

    Betul lah cara JR tu...

    ReplyDelete
  5. Jr lain ya nama di utara sana...Etuza terus terang akan keliru..di minta ambil daun kari daun lain lah kena ambik..hehehe..ok kenal sikit. pokok daun kari ada jg di laman Etuza..

    ReplyDelete
  6. mcm kacang kuda pun ada.....

    ReplyDelete
  7. Mempelai juga kalau kat utara dipanggil.. maplei...

    ReplyDelete
  8. saya juga tdk tahu sbb bkn org utara ... hehehee

    ReplyDelete
  9. Tanya asben, kacang parpu tu ape?
    Dia kate kacang dal.
    Betul ke?

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....