»

26 October 2014

Ikan Jeffrydin Vs Ikan Uji Rashid


Jarang-jarang JR pergi market pada hari lain, selain Jumaat dan Sabtu - hari cuti umum untuk orang Kedah. Tapi kerana minggu ini Jumaat dan Sabtu agak sibuk, terpaksalah pergi market hari Ahad. Lagi pun hari ini free, bolehlah pergi market.

Tapi hari ini ikan tak banyak di Pasar Besar Alor Setar. Kata penjual-penjual ikan, sekarang musim hujan, sebab itu ikan kurang. Ikan Jeffrydin yang selalunya bercambah dengan harga kurang dari RM10 sekilo pun tak banyak. Bukan tak ada langsung, tapi ikan Jeffrydin yang ada pun nampak macam ikan yang kurang segar, mungkin ikan Jeffrydin stok lama kot...

Ikan Uji Rashid juga tak nampak. Musim biasa pun, ikan Uji Rashid bukan banyak sangat dijual di pasar ini.

Kalau nak mudah, beli saja ikan keli. Ikan keli dengan harga RM6 sekilo sentiasa ada di Pasar Besar Alor Setar. Kadang-kadang makan ikan darat sedap juga. Apa lagi jika keli bakar...memang favourit JR juga tu..

Eh...sebelum tu korang tau ke apa itu ikan Jeffrydin dan ikan Uji Rashid?

Entah-entah siapa Jeffrydin dan siapa Uji Rashid pun korang tak kenal? 

Inilah rupa Jeffrydin bagi yang tak kenal:


Jeffrydin penyanyi pop yeh yeh tahun 1960an yang sangat terkenal pada zamannya, malah hingga tahun 1980an namanya masih terkenal dengan mengeluarkan beberapa album baru. Sekarang namanya dah agak tenggelam mungkin sebab usia semakin emas...

Antara lagu Jeffrydin yang paling popular ialah lagu "termenung". Di Utara ikan kembung dipanggil 'ikan temenung'. Masa JR kecik-kecik dulu ikan temenung @ ikan kembung dikenali juga sebagai ikan Jeffrydin sempena nama penyanyi lagu termenung yang sangat popular itu. Tapi kalau sekarang pergi market di Alor Setar tanya ikan Jeffrydin mungkin tak ramai orang tau, kecuali yang berusia 40an ke atas kot..Ikan temenung orang taulah....

Ikan Uji Rashid? Ikan Uji Rashid ialah ikan mata besar atau masa JR kat kampung di Penang dulu orang kampung juga panggil ikan itu ikan mata beliak:


Mengapa ikan mata besar dipanggil ikan Uji Rashid? Kononnya ia dipanggil ikan Uji Rashid  kerana mata ikan itu besar menyerupai mata Uji Rashid, penyanyi dan pelakon terkenal era 1970an dan 1980an dulu:


6 comments:

  1. Glam ikan tu diberi nama sebegitu..

    ReplyDelete
  2. Hahaha baru tahu ikan jefrydin tu ikan termenung ;)

    ReplyDelete
  3. masa saya kecik dulu pun dah biasa dgn nama ikan uji rashid ni ...

    ReplyDelete
  4. JR tiada yang lama tak muncul yang baru..mereka ni otai juga dalam bidang seni..hebat..

    ReplyDelete
  5. hahahah...baru saya tau asal usul nama ikan tu..
    lepas ni agak agaknya ada tak ikan neelofa ke, ikan aaron aziz...:P

    ReplyDelete
  6. Ooo camtu ea?
    Baru tau tentang 2 gelaran ikan ni:)

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....