Seperti kata seorang kawan kalau anjing memahami bahasa manusia, dia tentu bangga kerana dirinya telah menjadi binatang yang paling popular di kalangan orang Melayu Malaysia dalam tempoh 3-4 hari ini.
Sampai hari ini isu pegang anjing masih diperdebatkan. Isu anjing masih belum basi walau lepas 3-4 hari berlalu kempen tak cerdik yang mengajak orang Melayu pegang anjing. Punyalah hebatnya anjing, sampai ada yang buat laporan polis. Sampai ada yang ugut nak bunuh orang kerana isu anjing. Hebatnya anjing. Keranamu orang Islam gempar, sampai sanggup nak bunuh orang, bukan nak bunuh anjing...
Tadi JR bersolat di masjid Bukhary, Alor Setar. Tajuk khutbah mengenai anjing. Sekali lagi hebatnya anjing sampai isu mengenainya masuk masjid.
Betul kata khatib itu, walaupun di dalam al-Quran tidak ada satu ayat pun yang menyatakan anjing haram, tapi rakyat Malaysia perlu menghormati mazhab Shafie yang menjadi pegangan majoriti orang Islam Malaysia yang meletakkan anjing sebagai binatang najis. Kita bukan berada di negara Afrika barat, Afrika utara atau sebahagian negara Teluk Arab yang terdapat ramai orang Islam mazhab Maliki, mazhab yang meletakkan anjing setaraf dengan kucing.
Kita berada di Malaysia, di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung...
Nota: Tajuk entri ini sepatutnya bukan 'anjing masuk masjid' tapi 'khutbah mengenai anjing masuk masjid..'. Harap maaf....
Dah macam2 kempen dah sekarang ni...kadang macam nak mencabar akidah pulak...silap2 anjing tak gila.....manusia sama manusia pulak gila....
ReplyDeleteDunia akhir zaman.....
Setuju dengan Bunda.
DeleteAda pihak yang cuba memesongkan akidah umat islam yang dah memang banyak terpesong sekarang ni.
Di masjid saya tadi pun, ada terselit kisah " kempen pegang anjing"..hihihih..
ReplyDeletehehehe..alahai JR, khyusuk ya dengar Khutbah. baguslah. Khutbah di tempat Etuza..tentang hijrah nabi..menggesa umat Islam berubah dari yang bai ke lebih baik...sedang2 saja ..tak berat nak ikut..
ReplyDeleteIni kes berat anjing masuk masjid..kena samak..hehehehe gurau ya
JR bikin 'gempar' , kalau betul nak cari AJK masjid tersebut...haha
ReplyDeleteSalam Perkenalan.
ReplyDeleteDone follow you.
drshikinzainal.blogspot.com
La ni, macam2 ada. Yang penting akidah kena kuat. Semoga kita sentiasa dibawah rahmat perlindungannya :)
ReplyDelete