BERITA BAIK untuk ibu bapa yang anaknya masih bersekolah.
Anak korang pergi sekolah naik apa? Kalau pergi sekolah jalan kaki, naik basikal/motor atau ada orang yang menghantarnya, berita baik ini tak relevan dengan korang. Berita baik ini cuma untuk ibu bapa yang anaknya ke sekolah menaiki bas sekolah saja.
Pada masa ini kerajaan telah menetapkan tambang bas sekolah tidak boleh melebihi kadar ini:
- Kawasan bandar: tidak boleh melebihi RM27.43 bagi kilometer pertama dan RM2.02 untuk kilometer seterusnya.
- Kawasan luar bandar: tidak boleh melebihi RM20.62 bagi kilometer pertama dan RM2.02 untuk kilometer seterusnya.
(berita penuh di sini....)
Jadi mulai tahun depan kerajaan tidak mengawal lagi tambang bas sekolah seperti sekarang. Terpulanglah kepada pengusaha bas sekolah itu untuk menetapkan berapa tambang bas sekolah, RM30 sekilometer, RM40 atau RM80 sekilometer. Kalau korang tak setuju dengan tambang yang dikenakan oleh pengusaha bas sekolah A, korang boleh pergi cari pengusaha bas B, C, D sampai Z. Carilah yang paling murah.
Kalau semuanya mahal jangan risau. Hantarlah anak sendiri ke sekolah guna kereta, motor atau minta saja anak naik basikal. Jangan sakitkan kepala pikir tentang petrol yang perlu digunakan untuk hantar anak ke sekolah, kerana harga petrol di Malaysia masih murah, naik cuma 20 sen saja seliter pada Rabu lepas. Naik 20 sen saja, bukan RM20 pun...
Tahun ini harga petrol naik. Tahun depan tambang bas sekolah guarantee naik. Tahun depan juga beli barang akan ada cukai GST.
Jika tahun depan semuanya naik, naik dan naik, terima sajalah takdir itu. Semuanya seperti kata seorang ulamak adalah ketentuan Allah....
terimalah adanya ... menyalak bukit pun x akan mengubah apa2 ... adeh .
ReplyDeleteSudah tiba masanya rakyat msia mengkaji semula cara berbelanja. Brrbelas tahun tinggal di perantauan mengajar saya berhemah ketika berbelanja kersna negara tersebut tiada subsidi minyak dan tidak juga makanan. PTPTN ada tapi dengan kadar yg tinggi. Maka kami melihat mahasiswanya belajar bersungguh di samping membuat kerja sambilan untuk menampung pengajian. Pendekata mereka tidak manja.
ReplyDeleteAlhamdulillah.. buat masa ni anak-anak dihantar sendiri ke sekolah oleh pengasuh.. kira pakejlah jaga anak-anak dan hantar serta mengambil anak-anak balik sekolah.
ReplyDeleteterimalah kenyataan...takde benda yg makin murah harganya...
ReplyDeleteada yang kata,,20 AJER. walhal dari 20 sen tulah beri kesan pada yang lain. tu baru cerita tambang. ada pihak berkenaan maklum kat TV arah kakitangannya utk pantau kenaikan harga barang 24j ...tapi, sampai bila? 36 j...48j..56j?
ReplyDeleteNi baru di namakan rakyat ditindas. Rakyat Malaysia nampak je akur, baik, diam je apa yang kerajaan buat. Kalau satu hari nanti rakyat dah marah. Jangan tanye kenapa.
ReplyDeletehadui makin mahal nampaknya ya..kena ringgit2 tak ada syiling lagi..tak mustahil tu JR
ReplyDeletenasib baik belum ada anak hiksss
ReplyDelete