»

23 October 2014

Tongkat Putih Dan Video Seks


Masa JR masih kecik-kecik dulu, di kampung asal JR di Tasek Gelugor, Pulau Pinang ada seorang lelaki bernama Pak Abu (bukan nama sebenar).

Mengikut cerita orang kampung, Pak Abu ini berasal dari satu keluarga sangat kaya di kampung kami. Semasa kecil kata nenek JR, Abu seorang budak yang sempurna, tiada apa-apa kecacatan.

Abu tinggal dengan datuknya, Tok Ali (bukan nama sebenar) dan neneknya. Kedua datuk dan nenek sangat menyayangi Abu kerana dia satu-satunya cucu lelaki pewaris harta mereka.

Abu sangat dimanjakan datuk dan neneknya hingga semasa kecil dia agak  nakal. Dia suka kacau dan menyakat orang kampung, kacau tanaman dan ternakan mereka. Tapi kerana datuknya orang kaya tak sapa berani sentuh Abu.

Satu hari Tok Ali mengamuk sakan kerana cincin emas kesayangan isterinya hilang. Cincin itu cincin pusaka warisan turun temurun keluarga mereka. 

Tok Ali menuduh orang kampung yang rata-ratanya miskin itu curi cincin emas isterinya. Tok Ali telah menghebahkan satu kampung tentang kehilangan itu dan meminta sesiapa yang ambil cincin isteri mengembalikan segera kepadanya. Tapi tak ada sesiapa yang mengaku mengambilnya. Ini menyebabkan Tok Ali sangat marah.

Kerana sangat sakit hati, Tok Ali mahu membalas dendam terhadap pencuri itu. Dia pergi minta bantuan seorang dukun terkenal di sebuah kampung berdekatan. 

Dukun itu memberi sehelai kertas yang telah dijampinya kepada Tok Ali dan meminta Tok Ali membakar kertas itu bila sampai di rumah. Kata tok dukun  sesiapa yang mencuri cincin emas isterinya akan buta matanya selepas semua kertas itu terbakar. 

Tok Ali balik ke rumah dan menayang kertas yang telah dijampi dukun itu kepada orang-orang kampung. Dia memberi tempoh beberapa hari kepada orang kampung untuk mengembalikan cincinnya. Jika tak ada sesiapa buat pengakuan,  pencuri berkenaan  akan buta matanya.

Tapi sehingga dateline berakhir, tak ada orang kampung yang buat pengakuan. Tok Ali bertambah marah!

Tok Ali juga bertanya berpuluh kali kepada cucunya Abu sama ada dia yang mengambil cincin neneknya. Tapi setiap kali ditanya Abu menafikannya.

Kerana sakit hatinya, akhirnya pada suatu malam Tok Ali membakar kertas yang telah dijampi itu...

Pagi-pagi esoknya, rumah Tok Ali dikejutkan dengan tangisan Abu. Abu menangis kerana pandangannya hilang, dia telah menjadi buta sekelip mata!

Ketika itu baru Abu mengaku dia yang ambil cincin itu dan menyembunyikannya di satu tempat dalam rumah datuknya. Tujuannya cuma untuk suka-suka menyakat neneknya. 

Tok Ali mengutip sisa-sisa kertas jampi yang dibakar malam tadi dan membawanya kepada tok dukun. Dia mahu pandangan cucunya dipulihkan.

Tapi dukun itu berkata dia tak boleh buat apa-apa lagi kerena semua ayat jampi di dalam kertas itu telah hangus terbakar. Katanya kalau masih ada sedikit sisa tulisannya yang belum terbakar, Abu masih berpeluang untuk dipulihkan. Malangnya kertas dah menjadi abu..

JR tak pasti sama ada cerita itu betul 100% atau ditokok tambah. Dari segi logik dan fakta perubatan cerita itu memang tak masuk akal. Tapi semua orang kampung percaya dengan cerita itu termasuk nenek JR yang suka mengulang cerita yang sama. Ibu JR pula kata itulah akibat jika meminta tolong syaitan, akhirnya menyesal tak sudah...

Masa JR kecik-kecik selalu juga JR bertembung dengan Pak Abu yang cacat penglihatan. Pak Abu tak pernah berpisah dengan sebuah tongkat di tangannya. Tapi JR tak pernah sekali pun bertanya kepada Pak Abu tentang cerita masa kecilnya. Tak sanggup mengungkit kisah silamnya kerana semasa tuanya Pak Abu adalah seorang lelaki cacat penglihatan yang tersangat baik dan peramah.

Suatu hari JR sempat bertanya Pak Abu mengapa ingatannya begitu kuat. Dia  dapat menghafal al-Quran walaupun dia cacat penglihatan, sedang kita yang sempurna satu juz pun tak dapat hafal. Dia juga tahu arah rumah setiap jiran sekampung. Cuma dengan berbekal sebatang tongkat dia berjalan dengan begitu yakin ke setiap rumah yang ditujunya, tanpa terbabas sekali pun.

Bila kita berada di sebelahnya pula Pak Abu tahu siapa kita. Tanpa mendengar suara kita, tanpa kita memperkenalkan diri, dia tahu siapa kita. JR sangat kagum dengan kebolehannya.

Pak Abu beritau JR orang buta sepertinya dianugerahkan Allah daya ingatan yang kuat, pancaindera bau yang sangat sensitif dan telinga yang sangat peka dengan bunyi di sekeliling. Sebab itu tanpa mata pun orang buta dapat mengesan objek di hadapannya dengan tepat. Setiap orang katanya ada bau yang berbeza, ada gaya berjalan yang berbeza yang cuma orang yang cacat penglihatan saja dapat mengesannya.

Sambil berjenaka Pak Abu pernah berkata kepada JR, kalau nak terang hati, nak terang pendengaran dan boleh mengesan bau, buatlah sesuatu supaya mata buta......insyaallah Allah akan mengganti panca indera yang hilang dengan pancaindera lain, hehehehe...

Korang tau mengapa tajuk entri JR hari ini mengenai tongkat putih


Ini kerana hari ini ialah Hari Tongkat Putih Antarabangsa bagi mengenang mereka yang cacat penglihatan dan terpaksa menggunakan tongkat putih untuk berjalan. Esok akan diadakan perhimpunan sempena Hari Tongkat Putih Antarabangsa di Dataran Wisma Darulaman, Alor Setar termasuk perarakan  ahli-ahli Persatuan Orang Cacat Penglihatan Malaysia.

NOTA KAKI: Kepada Ustaz Azhar Idrus (UAI) yang sedang menghadapi dugaan sungguh besar sejak awal pagi tadi, harap ustaz bersabar dengan segala ujian Allah. Peminat UAI pasti tidak sedikit pun terkesan dengan apa yang tersebar itu. Ada banyak lagi isu besar di Malaysia - harga minyak naik, harga barang naik, tambang bas sekolah naik, GST, jenayah berleluasa -  yang 1,000 kali lebih penting dari menonton video seks.

Jika pada zaman Nabi dan para sahabat ada teknologi CCTV/hidden camera, Nabi dan sahabat-sahabatnya juga mungkin akan dilanda fitnah yang sama, malah jauh lebih dahsyat dari yang berlaku hari ini...

5 comments:

  1. video sex adalah modal fitnah zaman sekarang....sedih lagi menyedihkan apabila ulama pun jadi mangsa...ingatkan dalam kitaran politician sahaja.

    ReplyDelete
  2. gigih sy baca kisah pak abu tu.. sy ingt cerita dongeng..rupanya mmg wujud pak abu yg sebenarnya..cuma idok tau btl punca sbnr dia buta ye.
    dan sy pon pernah xtau tongkat putih tu brmksud org buta..
    pasal UAI pulak..sedangkan kita diuji, dia ulama besar pulak..lagilah hebat ujiannya. semoga kebenaran akan muncul..

    ReplyDelete
  3. Kalau betul kisah Pak Abu masa kecil dulu, beruntung la dia sebab bila dah buta dia jadi lebih baik, siap hafal Al Quran. Dah la boleh kena org tanpa dengar suara. Hebat Pak Abu.

    ReplyDelete
  4. sian lak ngan nsib pak abu..napelah takmo mengaku wpun datuknya dah tanya berkali2..tp takperlh ade hikmah disebaliknya..

    ReplyDelete
  5. rasulullah dulu dibaling batu sbb cuma tu jer cara nak tunjuk benci bex=za dgn sekarang . fitnah boleh berlaku hanya dihujung jari ... selalunya org buta mmg ada kelebihan pada deria ke enam ...

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....