»

26 September 2014

Makan Makanan Jepun Boleh Bawa Maut!!


Seram, ngeri dan menggelikan!!

Sekumpulan doktor Hospital Rakyat Gungzhou, di wilayah Guangdong, timur China yang merawat seorang lelaki yang mengadu sakit perut dan kegatalan kulit melampau terkejut besar apabila hasil pemeriksaan mereka terhadap lelaki itu mendapati semua ruang di bahagian dalam tubuhnya dipenuhi oleh cacing-cacing liar.

Rupanya lelaki itu suka makan sashimi - kepingan ikan mentah - yang merupakan hidangan makanan yang sangat disukai oleh masyarakat Jepun. Pihak doktor China merumuskan cacing yang begitu banyak di dalam tubuh lelaki itu adalah kerana dia suka makan sashimi.

                                          Banyaknya cacing dalam tubuhnya!

                                                  Cacing merenyut di dalam tubuhnya...geli!!

Doktor yang merawatnya kini sedang cuba menyelamatkan lelaki itu kerana bilangan cacing yang begitu banyak di dalam tubuhnya dikatakan boleh menyebabkan kematian mengejut dalam tempoh yang singkat.

Berita lanjut mengenainya ada di sini...

Mujurlah JR tak suka makanan Jepun. Sashimi ke, sushi ke, atau apa-apa saja makanan Jepun yang perlu dimakan mentah-mentah JR tak pernah sentuh. Bagaimana nak makan kerana JR yang sedikit ketinggalan zaman ini tak pernah sekalipun memasuki restoran Jepun?

Cuma yang menghairankan JR bila membaca berita ini ialah sudah berjuta-juta orang rakyat Jepun yang pernah makan makanan ini tapi mengapa belum pernah dengar kes badan mereka dipenuhi cacing? Mengapa cacing cuma ada di dalam tubuh lelaki China itu saja? Pelik!!

Hubungan China dan Jepun sejak berpuluh tahun dulu memang tidak pernah baik. Adakah berita ini sebahagian dari perang psikologi untuk memburuk-burukkan imej industri makanan Jepun?? Entahlah!!

9 comments:

  1. eee......mmg geli la. Tp kesian juga kat dia. Entah mcm mana cara rawatan dia.

    ReplyDelete
  2. eeeiiiii...geli nyer...ni kena minm clorox ni bagi cacing mati

    ReplyDelete
  3. itulah yg sy pelik tuh..kenapa jepun yg dah berzaman turun temurun makan ikan mentah takder kecoh psl cacing pun...yg lelaki cina nie kot ade faktor yang jugaklah..sajer nak salahlah sushi..hheheh

    ReplyDelete
  4. ke antibodi orang cina tu tak kuat..entah lah..

    ReplyDelete
  5. Eeee..yalks! *fengsan*
    Tapi ana suke gak sushi. Cuma takla selalu makan.

    ReplyDelete
  6. mungkin sebab kualiti. dia ni kerap pergi makan kat tempat yang kurang bersih, jadi makanan kat situ dah tercemar. biasa la benda mentah, memang mudah didatangi `tetamu' kalau tak dijaga dengan betul.

    kalau dah beberapa kali makan, tentu la `tetamu' yang terlepas masuk dalam badan tu ambik peluang membiak.

    hehehe, ni cuma teori saya je.

    ReplyDelete
  7. saya suka japanese food tapi kadang2 saja berpeluang makan
    ngeri jugak baca:-))

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....