Masa JR pergi ke klinik diabetes bawa mak mentua hari tu, tengok ramai sungguh pesakit diabetes. Bukan saja orang tua, orang muda dan budak-budak sekolah rendah pun dah ramai yang kena diabetes sekarang.
Mereka yang terdekat dengan JR juga ramai yang mengidap diabetes. Jiran di sebelah rumah, abang-abang dan adik-adik ipar JR semuanya disahkan pengidap diabetes. Sangat menakutkan!
Mereka yang terdekat dengan JR juga ramai yang mengidap diabetes. Jiran di sebelah rumah, abang-abang dan adik-adik ipar JR semuanya disahkan pengidap diabetes. Sangat menakutkan!
Bahaya diabetes tak payah dicerita, agaknya semua orang dah tau bahayanya. Diabetes adalah ibu segala penyakit yang boleh menyebabkan sakit-sakit lain dan akhirnya sakit jantung. Kalau dah dapat sakit jantung payahlah.....
Atas kesedaran usia semakin menghampiri senja, JR sedaya mungkin cuba elakkan makan makanan berlemak dan manis. Memang lemak dan manis itu sedap tapi sedap yang akhirnya membawa penyakit-penyakit tak sedap didengar buat apa kan?? Selalu lihat di depan mata betapa peritnya hidup mak mentua yang kerap dahaga dan kena cucuk insulin 2 kali sehari. Susahnya jadi pengidap diabetes...
Kerana takut kepada ibu segala penyakit itu, JR sentiasa buat pemeriksaan darah di klinik 6 bulan sekali (kadang-kadang setahun sekali) bagi menentukan tahap gula dalam darah sentiasa di paras normal.
Bagi yang belum pernah membuat ujian gula dalam darah di klinik, ada beberapa prosedur yang perlu diikuti:
Biasanya doktor akan meminta kita untuk berpuasa pada waktu malam (mulai pukul 10 malam) sebelum darah diambil pada pagi esoknya.
Esoknya dalam keadaan berpuasa, pergi ke klinik untuk ambil darah. Bacaan kandungan gula dalam darah ketika berpuasa malam untuk mereka yang sihat ialah antara 3.6-6.7. Kalau gula dalam darah lebih dari 6.7, bersedialah untuk mendengar berita buruk dari doktor!
Lepas darah diambil, kita akan diberi minum segelas glukos yang tersangat-sangat pekat lagi manis (JR selalu rasa nak muntah lepas minum segelas glukos yang tersangat pekat dan manis itu!). Tujuan glukos diberi adalah untuk mengetahui bacaan kandungan gula dalam darah selepas makan. Bacaan kandungan gula dalam darah selepas makan untuk mereka yang sihat ialah antara 4.1-7.8.
Lepas diberi minum glukos, kita akan diminta pulang berehat di rumah atau di tempat kerja. Lepas 2 jam kita perlu pergi ke klinik sekali lagi untuk mengambil darah kali kedua bagi mengetahui kandungan gula dalam darah selepas makan.
Darah yang diambil dipisahkan dalam 2 tabung, iaitu darah semasa berpuasa dan darah selepas makan. Kedua-dua tabung akan dihantar ke makmal untuk ujian. Biasanya di klinik kerajaan yang JR selalu pergi, keputusan ujian darah akan diketahui dalam tempoh 2 minggu selepas darah diambil.
Berdasarkan beberapa ujian darah sebelum ini bacaan kandungan gula dalam darah JR ketika berpuasa pada malamnya ialah antara 5.0 hingga 5.5. Misalnya keputusan ujian darah JR pada minggu lepas menunjukkan kandungan gula dalam tubuh JR ketika berpuasa ialah 5.1. Masih Ok...
Kandungan gula dalam darah JR selepas 2 jam makan pula biasanya antara 5.8 hingga 6.2. Walaupun usia semakin meningkat, belum pernah gula naik sampai 7 lagi.
Tapi 2 tahun lepas JR sengaja buat satu eksperimen gila untuk mengetahui bagaimana bacaan gula dalam darah jika selepas makan kita beriadah? Doktor nasihatkan lepas minum glukos pergi berehat dan lepas 2 jam datang semula ke klinik untuk ambil darah. Tapi kalau kita tak balik berehat, tapi pergi joging apakah agaknya bacaannya nanti? Itu yang JR teringin sangat nak tau dan kena buat eksperimen ni!!
Ingat lagi peristiwa 2 tahun lepas bila doktor yang merawat JR terkejut melihat keputusan ujian darah yang berada di depan matanya.
"Eh, pasal apa jadi macam ni? Pasal apa bila you puasa bacaan gula dalam darah 5.2, tapi lepas minum glukos bacaan gula turun jadi 4.8? Macam terbalik pulak result ni...Patutnya lepas makan kandungan gula dalam darah meningkat, kes you ni pula kandungan gula turun lepas makan. Ini kes terbalik ni, agaknya pihak makmal buat silap kot..result terbalik kot?"
"Tak terbaliklah doktor" kata JR sambil tersenyum, "Saya berjoging selepas diberi glukos! Agaknya semua glukos yang klinik bagi tu dah habis terbakar masa saya joging"
"Pasal apa you pergi joging? You nak tipu result kepada doktorlah? Patutnya you balik rumah atau pejabat rehat-rehat dan bukannya pergi joging.."
"Selalunya memang saya balik ke pejabat lepas minum glukos. Tapi kali ini saja saya nak buat eksperimen nak tengok apa jadi jika kita joging.."
"Berapa kilometer you joging hari tu?"
"Biasanya saya berjoging 6 km sehari, tapi untuk eksperimen hari tu saya berjoging lebih sikit - 8 km..."
"Bagus juga eksperimen you tu. Ia menunjukkan bersukan boleh menurunkan kandungan gula dalam tubuh. You teruskanlah bersukan, tapi lain kali kalau lepas diberi glukos untuk ujian darah you jangan berjoging lagi, resultnya dah jadi tak betul...Nak berjoging buatlah hari lain"
Begitulah pentingnya beriadah. Kalori, lemak, gula yang berkumpul dalam darah akan terbakar dan dinyah keluar oleh tubuh melalui peluh.
Mungkin satu hari nanti JR juga akan dapat diabetes seperti ramai orang Malaysia sekarang, tapi harap-harap berkat joging 6 km setiap hari di samping cuba mengawal pemakanan yang JR amalkan sejak dulu, moga-moga penyakit yang menakutkan itu akan lambat sampai....
ada org cuba menipu doc...sblm ke klinik..depa minum air asam gelugur la..air daun mengkudu la...nak bg bacaan gula tu rendah...padahal doc boleh tau tahap gula seminggu,sebulan sebelum tu..
ReplyDeleteSebu tentang riadah ni, entah bilahlah agaknya kakcik nak mula beridah... 😟
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteYang penting jaga cara hidup kita....pemakanan dan riadah kita...
DeleteMencegah itu lebih baik daripada mengubati
Yang penting jaga cara hidup kita...pemakanan dan riadah kita....
DeleteMencegah itu lebih baik dari mengubati...
Wallahu'alam...
Sekarang ni susah sikit nak jogging sebelah petang lepas balik kerja.. sebab dah mula musim hujan.
ReplyDeleteSetakat ni Alhamdulillah masih ok dan sekarang pun cuba kawal pemakanan demi kesihatan yang baik.
Hem... entri JR kali ini menyuntik insulin kepada semangat IM untuk terus beriadah sejauh 6 pusingan ( anggran lebih 6 km ) setiap hari...
ReplyDeleteJealous yang positif tak pa, kan...
TQ bro...
kena start berjogging jugak la ni nampaknya
ReplyDeleteSelalunya, kena minum air gula tu utk kes kes:
ReplyDelete- utk detect diabetes masa pregnant
- kes yang bacaan gulanya selalu bordeline bila puasa..
Kalau bacaan berpuasa dah cantik, actually doktor tu tak perlu pun nak buat JR tersiksa minum air gula yg pekat tu...hahaha..
Satu saranan saya ( kot doktor tak buat lagi / terlepas pandang)...JR buatlah ujian HBA1C...yg ini, pesakit yg ada diabetes kalau nak menipu doktor pun mmg tak boleh, waima dia puasa 2 hari, jogging 6km...kalau ada diabetes, bacaannya tetap akan tinggi ! hihihih...Sebab HBA1C ini menunjukkan control blood sugar kita utk average 4 bulan...bacaannya dlm %
Mungkin doktor minta saya buat ujian diabetes kerana faktor umur kot, selain dari keluarga (ibu saya) yang juga ada diabetes. Mengenai kata2 doc bahwa jika dah ada diabetes dalam darah berlari berapa km pun keputusan tak berubah, doktor yg periksa saya juga beritau hal yg sama. Nasib baik darah saya masih belum dicemari gula, alhamdulillah...masih boleh menipu doktor...
Deleteahahaha nakal yek pegi buat eksperimen sendiri tp bagus jgk baru jm tahu rupanya klau berjoging boleh kurangkan gula dlm darah. Jm dh lama beli treadmill konon nk joging dlm rumah sbb malu nk joging d luar tp tersadai je kat ruang tamu tu nampaknya lepas baca entri perlu start joging semula :-)
ReplyDeletetak pernah ambil tahu pun pasal gula dlm darah(sebab dlm family xde dietebetis)..tapi tak ada tak bererti tak akan ada kan...sekarang makan macam2 ada..
ReplyDelete