»

13 September 2014

Jangan Percaya Apa Yang Anda Lihat...


Kadang-kadang apa yang kita nampak di depan mata bukanlah gambaran sebenar sesuatu kejadian...

Senario 1:

Ia kisah benar yang pernah berlaku kepada JR sendiri. 
Hari itu tiba-tiba kehilangan kelibat isteri yang bersama JR ketika membeli barang basah di pasar. 

Akhirnya lepas puas meninjau ke sana sini, ternampak juga wanita kesayangan tak jauh dari JR. Dengan tergesa-gesa JR menghampirinya dari belakang dan memegang tangannya.

Tapi tiba-tiba  tangan JR direntap dengan kasar. Bila perhati muka 'isteri' baru tahu rupanya JR tersalah orang!

Senario 2:

Kejadian seperti ini pernah banyak kali dilaporkan dalam akhbar:

Seorang pemandu kereta baik hati yang melalui satu jalan sunyi melihat satu kemalangan di depannya. Sebuah motorsikal kelihatan terbalik bersama dua orang pemuda yang terbaring dengan wajah seperti sangat kesakitan. 

Pemandu baik hati tergesa-gesa berhenti di tepi jalan cuba membantu. Dia melutut di tepi kedua-dua mangsa, cuba memeriksa kesan luka yang entah mengapa tak jelas kelihatan.

Tapi tiba-tiba seorang dari mangsa kemalangan bingkas bangun dan memukulnya. Beg duitnya dirampas, keretanya dilarikan bersama beberapa barangan berharga di dalamnya...

Senario 3:

Kejadian ini pernah berlaku kepada seorang kawan JR masa kami muda-muda dulu.

Suatu hari ketika berada berhampiran sebuah supermarket, A terlihat kelibat teman wanitanya. Berderau darah ternampak teman wanita yang sangat dicintai sanggup menduakannya. Seperti tak percaya sanggup dia keluar berjalan-jalan dengan lelaki lain dengan gaya begitu rapat dan intim.

Tanpa amaran dia memarahi teman wanitanya dan kemudian menumbuk lelaki di samping teman wanita yang cuba menjelaskan sesuatu.

Tapi malunya dia kerana lelaki di samping teman wanitanya rupanya adalah abang kandung teman wanitanya sendiri.

Kadang-kadang apa yang kita nampak di depan mata bukanlah gambaran sebenar sesuatu kejadian...

Kalau yang dilihat dengan mata kepala itu sendiri bukan apa yang sebenarnya berlaku, apa lagilah jika ia cuma perkabaran yang di dengar melalui sepasang telinga yang tak berinsuran...



9 comments:

  1. moralnya..kalau kita tak berada ditempat kejadian atau dalam situasi tersebut..jgn percaya bulat2 apa yg disampaikan atau dilihat...sekarang ni fitnah menfitnah amat2 berleluasa...

    ReplyDelete
  2. pastikan kesahihannya..tulah jangan mudah percaya .ambil masa mengenali..baru benar

    ReplyDelete
  3. Seperti yang bro Etuza cakap, pastikan kesasihan dulu. Patut cek betul2. Yang kes jalan sunyi ni, siyesly ana seram kalau berhenti. Tiapkali lalu jalan sunyi mesti berdoa moga2 tak di timpa malang ape2. Kejadian rompak, bunuh, rogol, semua boleh berlaku.

    ReplyDelete
  4. senario 1.
    ini la namanya serkap jarang atau over confident! hehehee...

    senario 3.
    nasib baik muka saya seiras dengan kakak saya, sejibik! jadi tak timbul masalah ni...

    ReplyDelete
  5. Ni yang mat salleh kata dont judge the book by its cover hihi.. tp Hana pun pernah kena juga. Suka cakap tak padang muka suami terutama klu tgh shopping. Patutla x menjawab bila ditanya rupanya orang lain...haishhh

    ReplyDelete
  6. Salam jr...

    Ada kaitan dgn sikap bersangka2 tak dgn situasi yg dicerita di atas...?

    ReplyDelete
  7. Alahai...terharu sy tgk blog sy masih tersenarai di bloglist jr..terimakasih byk2....

    ReplyDelete
  8. untunglah Jay.. dapat gak gengam tangan 'isteri baru'.. tak sengaja tak dosa kannnn?? heheeeee

    ReplyDelete
  9. senario 1:
    Apa jadi selepas tu..? hehehe..

    senario 2:
    lebih baik telefon pihak berkenaan dari terus keluar dari kereta untuk membantu mangsa..

    senario 3:
    eemm.. kawan JR tu akhirnya berkahwin tak dengan teman wanitanya tu.. ;)

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....