Kejadian ini berlaku pada tahun 2004. Ketika itu JR bekerja di sebuah agensi di Perlis. Rumah JR pula di Alor Setar. Hari-hari berulang alik dari rumah di Alor Setar ke ofis di Kangar yang jaraknya kira-kira 50 km.
Ingat lagi hari itu 30 Ogos 2004. Esok hari sambutan kemerdekaan. Salah satu acara bagi menyemarakkan semangat kemerdekaan ialah larian bendera dari sempadan Thailand-Perlis hingga ke sempadan Perlis-Kedah. Setiap kontingen diberi tugas berlari bergilir-gilir sambil membawa bendera sejauh 4 km (kalau tak silap) dari sempadan Thai hingga ke sempadan Kedah. JR menyertai larian itu bersama kira-kira 15 orang peserta kontingen pejabat kami di Padang Besar.
Nasib baik JR selalu berjoging jadi tak lah terasa sangat kepenatan berlari sejauh 4 km di petang bercuaca terik itu.
Lepas selesai larian bendera di Perlis, JR balik ke pejabat. Lepas itu kerana waktu kerja sudah habis JR balik ke rumah di Alor Setar.
Malam itu malam kemerdekaan, antara acara menyambut malam kemerdekaan di Alor Setar ialah larian merdeka. JR sekali lagi menyertai larian. Petang tadi mengikuti larian bendera di Perlis. Malam menyertai larian merdeka di Alor Setar pula. Larian merdeka bermula kira-kira pukul 8.30 malam di Pejabat Belia dan Sukan (PBS) Alor Setar di sebelah Stadium Darulaman.
Selepas beratur agak lama di luar PBS, diikuti beberapa siri ucapan tak bersemangat yang sangat memboringkan, akhirnya terdengar tiupan wisel menandakan larian bermula. Larian yang bermula dari PBS memasuki pusat bandar melalui Pekan China dan Pekan Rabu dan kemudian berpatah balik semula ke PBS. Jarak larian kira-kira 6 km.
JR cuba berlari sekuat mungkin. Bukanlah tujuan nak menang, tapi jika dapat menjadi 20 peserta terbaik bagus juga, ada hadiah yang menanti. Jika tak menjadi 20 peserta terbaik dapat sijil penyertaan pun jadilah...
Lepas saja menamatkan larian sejauh 6 km, peserta larian berkumpul di PBS semula.
Tapi kami yang telah selesai menamatkan larian agak terkejut apabila tiba-tiba pegawai penganjur larian merdeka memohon maaf kepada peserta yang telah berlari sejauh 6 km kerana katanya larian tadi tidak sah kerana wisel yang ditiupkan itu bukan datang dari pihak penganjur tetapi dari salah seorang peserta sendiri yang mungkin nak buat lawak bodoh. Oleh itu penganjur meminta semua peserta yang telah menamatkan larian mengulangi berlari sekali lagi!
Tapi kami yang telah selesai menamatkan larian agak terkejut apabila tiba-tiba pegawai penganjur larian merdeka memohon maaf kepada peserta yang telah berlari sejauh 6 km kerana katanya larian tadi tidak sah kerana wisel yang ditiupkan itu bukan datang dari pihak penganjur tetapi dari salah seorang peserta sendiri yang mungkin nak buat lawak bodoh. Oleh itu penganjur meminta semua peserta yang telah menamatkan larian mengulangi berlari sekali lagi!
Betapa kecewanya kami para peserta yang telah menamatkan larian 6 km kerana terpaksa mengulang larian sekali lagi. Ada peserta yang marah terus balik ke rumah tak mau ulang berlari sekali lagi.
Tapi JR ambil keputusan untuk berlari bagi pusingan kedua. Kalau balik begitu saja terasa rugi pula. Sekurang-kurangnya kalau tak menang pun dapat sijil jadilah..
Tapi untuk berlari bagi pusingan kedua rasa kudrat semakin berkurang. Siksaan fizikal satu hal, kekecewaan mental kerana terpaksa mengulangi larian satu hal lagi. Mood untuk berlari dah down sangat-sangat, tapi apa nak buat, digagahkan juga berlari...
Akhirnya JR dapat juga menghabiskan larian 6 km pusingan kedua. Jadi malam itu JR berlari 12 km lah.
JR tak menang apa-apa. Dah agak dah! Cuma dapat sijil. Kebanyakan yang menang tempat pertama hingga ke-20 dalam larian itu ialah mereka yang tak terlibat dalam larian pusingan pertama kerana mereka sejak awal telah mendapat tahu wisel yang dibunyikan itu tidak sah. Kami yang tak tau mengenai hal itulah yang menjadi mangsa terpaksa berlari 12 km.
Akibat dari larian 12 km itu tapak kasut JR tercabut kira-kira 2 km sebelum habis pusingan kedua. Malang betul, kasut pun pandai protes! Jadi 2 km terakhir itu JR terpaksa berlari dengan berkaki ayam sambil tangan memegang kasut..
Jadi bila kerajaan mengumumkan peperiksaan UPSR untuk kertas Sains dan Bahasa Inggeris ditangguhkan hingga ke hujung bulan ini, JR memahami kekecewaan murid-murid yang terbabit dan ibu bapa mereka. Letih studi satu hal, siksaan mental kerana terpaksa mengulangi exam satu hal lagi. Harap-harap mood mereka tak down seperti JR dulu....
walaupun sedih..kelakar pun ada...yalah ada jugak yg main2 tiup wisel mcm tu....menyusahkan org lain..
ReplyDeletehttp://madey09.blogspot.com/ nanti tukarkan blog saya yang baru ini ya.
ReplyDeleteAlamak semput lagi lah sekali nak round lari..hehehe..lucupun ada
Betul tu JR pecutan kedua utk UPSR ni.. harap mrk tak down.. anak saya skrg sibuk ulangkaji utk PSRA pulak.. naik cuti sekolah ni terus exam.. kesian mereka.. Harapnya tak tercabutlah pensil..
ReplyDeleteCari orang yang mula-mula tiup wisel tu sampai dapat...!
ReplyDeleteIshh.. kelakar la pulak baca luahan perasaan Jay ni.. hihi.. tapi lagi kelakar ade juga kes salah tiup wisel ea.. urmm.. mesti ade ape ni! huuu
ReplyDeleteHaha..ni mesti koje bebudak nakal main tiup2 wisel. Tu lah, adik2 upsr sesangat2 la kecewa. Bahkan rasa putus asa. Tp ana tegur gak la adik ana bg semangat balik.
ReplyDeleteAdoi..kesian betul JR! :D
ReplyDeleteBetul la analogi yg JR bg ni, sesuai. Cuma kesabaran je lah bentengnya.
Memang meletihkan bila terpaksa ulang hanya disebabkan kesilapan orang lain.
ReplyDeletekalau jiwa kental memang tak jadi hal..lari bukan nak kejar hadiah tapi semangat juang yg tinggi, macam tu juga buat anak2 yg kena ulang 2 subjek bocor upsr tempoh hari.
ReplyDeletesabo jer lah...yang penting semangat..
ReplyDelete