»

12 September 2014

Benarkah Berambut Panjang Itu Sunnah Nabi?


Masa muda-muda dan masih jadi student dulu, JR menyimpan rambut panjang. Kawan-kawan masa tu juga ramai berambut panjang, maklumlah  zaman persekolahan yang kena ikut disiplin itu, disiplin ini dah lepas. Bila berada di kampus yang tak kisah sangat dengan soal-soal remeh temeh tentang rambut, rasa macam bebas sangat..

Pernah juga sampai kira-kira setengah tahun juga tak potong rambut hingga melepasi bahu. Suatu hari bila balik cuti panjang ayah JR mengamuk sakan. Hingga sampai ke tahap ugut potong rambut yang mengerbang tu waktu JR tidur. 

Akhirnya kerana nak ambik hati ayah dengan berat hati pergilah juga kedai gunting rambut. Itu pun siap pesan lagi dengan tukang gunting jangan potong banyak-banyak. Cukup untuk ambik hati orang tua di rumah saja...

                                      zaman student..rambut melepasi bahu, sunnah Nabilah katakan...

Zaman itu, kalau orang tanya mengapa berambut panjang? Peminat tegar hard rock yang sedang popular zaman itu - Scorpion, Led  Zeppelin, Rolling Stone, Van Halen, Deep Purple, Metallica, Iron Maiden ke?

Jawapan JR biasanya ikut skrip yang sama: "berambut panjang tu kan sunnah Nabi? Salah ke ikut sunnah Nabi?"

Sebenarnya itu cakap sedap mulut saja. Nak ikut sunnah Nabi la konon, solat Subuh pagi minggu pun kadang-kadang terbabas hingga cahaya matahari dah masuk bilik! Maklumlah ketika itu zaman jahiliyah....

Tapi benarkah berambut panjang itu sunnah Nabi?



(sumber: bicarathtl.forumms.net)

Bila dah tua-tua seperti sekarang, sunnah Nabi (berambut panjang) tak JR ikut sepenuhnya lagi. Maksud "tak ikut sepenuhnya lagi" ialah rambut kini  biasa-biasa saja, tak pendek sangat, tak panjang sangat. Kalau kadang-kadang terlebih panjang, kemudian liat ke kedai gunting, isteri yang jadi tukang gunting. Seronok juga sesekali isteri sendiri jadi tukang gunting, boleh pegang tangan kalau dia terlajak gunting. Kalau kat kedai gunting, selalu pegang tangan tukang gunting nanti dia ingat lelaki songsang pulak...

7 comments:

  1. saya simpan rambut panjang zaman lepas SPM..

    igt nak start simpan panjang balik la..haha

    ReplyDelete
  2. kang tgk dari belakang...tak tau mana anak lelaki,perempuan,mak ,ayah..rambut sama ja hehe

    ReplyDelete
  3. Lebih baik gunting rambut. Ehh..seriuslah ana suka lelaki rambut panjang pastu dia ikat. Ala2 macam Jang Geun Suk gitu. :D

    ReplyDelete
  4. Teringat lagi pertengahan tahun 70an dulu budak lelaki era tu memang ramai berambut panjang ...dengan seluar bellbottom dan kemeja tak kancing butang atas....ala2 Hail Amir lah konon...

    ReplyDelete
  5. pernah sorang akcik bagitau saya yang botak ni, cukup 40 kali botakkan kepala, dah dapat haji kecil. betul atau tidak, tak kisah la. apa pun, masa tu kembang sekejap...

    ReplyDelete
  6. Ada juga lelaki yang sesuai dengan rambut panjang.. tapi kena la berikat dan lurus ..

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....