»

24 September 2014

Empat Pesanan Ibu Kepada Anak


*  Mesra dengan orang bawahan
* Jangan fitnah orang
* Jangan aniaya orang
* Jangan berbohong

Itulah empat pesanan  Che Tom Yahaya, 80, ibu kepada Menteri Besar (MB) Selangor yang baru, Azmin Ali, ketika memberi restu untuk anaknya menjadi MB:

Kalaulah setiap ibu kepada semua ahli politik kita - ibu kepada Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, Menteri-Menteri, Menteri Besar/Ketua Menteri hingga Exco-Exco semuanya memberi pesanan yang sama kepada anak-anak mereka ketika memegang kuasa dan anak-anak mereka sentiasa ingat dengan pesanan ibu mereka itu, tidaklah politik kita jadi huru hara dan kecoh seperti sekarang.

Jika tidak ada lagi fitnah, aniaya dan bohong oleh ahli-ahli politik kita, amanlah Malaysia, bahagialah rakyat. JR pun tak perlu lagi meninggalkan TV setiap kali tiba siaran Berita TV kerana sudah muak dengan berita-berita politik yang menyakitkan mata, memeningkan kepala dan meloyakan tekak...

10 comments:

  1. Lagi satu, jangan main rasuah2. Hehe

    ReplyDelete
  2. Tapi pesan mak IM pulak.... jangan kome tuko. Kerajaan yang ada ni dah elok lah. Mak tak mahu jadi susah macam masa zaman Jepun dulu...

    ReplyDelete
  3. pesan juga dari rakyat yg marhain ni..dekat kan lah diri kepada Allah..in Sha Allah bahagia dunia akhirat..eh..eh..JM ni masuk rumah orang x bagi salam pun..Salam kenal JR :-)

    ReplyDelete
  4. JR, ada typo kat situ...hahahaha
    AZWAN Ali bukan MB Selangor....awwwwwwww

    ReplyDelete
  5. emmm...apa komen Ummi Hafilda..:)

    ReplyDelete
  6. Saya juga pesan yg serupa pada anak anak saya walaupun mereka tu masih lagi di bangku sekolah....

    ReplyDelete
  7. pesanan yg asas - patuh perintah dan larangan Allah. Insya Allah yg lain2 ok.

    ReplyDelete
  8. Setiap ibu nakkan yang terbaik buat anaknya..
    Pesanan tu juga sangat baik buat kita dan anak2 kita.. ;)

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....