»

23 September 2014

Bossku Imamku Vs MBku Imamku


Masa JR kerja di sebuah agensi di Jalan Duta dulu, boss kami, Datuk H seorang yang sangat alim. Alim itu bukan diukur dari segi percakapannya yang selalu diselang seli dengan ayat Quran dan hadis, selalu cari ruang masa untuk bersolat Dhuha ketika di ofis, kerap mengimamkan solat Zohor di surau pejabat kami, tapi juga gerak gerinya yang penuh santun, lembut dan sangat menjaga amanah.

Jika ditanya JR, itulah ciri-ciri pemimpin yang JR dambakan. Malah itulah kayu ukur yang JR pakai dalam menilai seorang boss. Jika ada boss yang tak mencapai tahap Datuk H, bagi JR dia boss yang tak sempurna. Apa lagi dalam soal mengimamkan solat, semua boss beragama Islam sepatutnya bukan saja menjadi pemimpin dalam ofisnya, tapi menjadi pemimpin dalam solat. Agak pelik di pejabat jadi boss, tapi bila tiba time solat jemaah, cuma mampu jadi  pengikut (makmum). Kalau sesekali jadi makmum tak apalah, tapi jika setiap kali bersolat sentiasa jadi makmum macam tak sempurna pula ciri-ciri seorang boss.

Sebab itu bila JR tengok tugas pertama MB Selangor yang baru (YAB Azmin Ali) ialah mengimamkan solat zohor di Kg Kelang Gate Baru, Ulu Klang petang tadi, JR rasa lega. Bertuahlah rakyat Selangor, seperti juga rakyat Kelantan yang MB dan Sultan mereka mampu mengimamkan solat jemaah...

                                                          MBku imamku....

Seorang pemimpin bukan saja perlu jadi pemimpin dalam pentadbiran organisasinya, tapi juga pemimpin dalam solat. Tapi ada satu lagi perkara yang penting bagi seorang pemimpin selain dari menjadi pemimpin dalam solat - dia perlu amanah dan  jujur. Tak guna jadi imam dalam solat tapi tidak menunjukkan keperibadian seperti Amirul Mukminin (pemimpin Islam) yang sentiasa bekerja dengan amanah dan jujur.

Dan satu lagi pemimpin jangan pula jadi imam solat masa mula-mula pegang kuasa saja, lepas itu kembali jadi makmum atau lebih selesa solat bersendirian dalam biliknya. Dia perlu selalu menjadi imam setiap kali berpeluang bersolat jemaah kerana pemimpin perlu kelihatan seperti pemimpin di mana-mana saja dia berada termasuk dalan surau dan masjid...

Kalau seseorang MB seperti Azmin itu dapat mengimamkan solat Jumaat setiap minggu dia lagilah akan dihormati....

9 comments:

  1. tahnia...hebat nice shareing

    ReplyDelete
  2. Mudah2an MB baru ini boleh menjadi seperti Datuk H (sekurang-kurangnya) walaupun sentiasa dihambat kesibukan...

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah...sejuk mata memandang..

    ReplyDelete
  4. Bila bos jd imam solat, automatik rasa hormat bertambah2.. Bila mb jd imam solat, sejuk hati rakyat... Apatah lagi setelah melalui konflik yg pnjang.. Kalau kak jijah yg jd mb ...? Hurm..
    ..semoga istiqamah dlm mnjga amanah rakyat.

    ReplyDelete
  5. semoga menjadi amalan tetapnya nanti ...

    ReplyDelete
  6. alhamdulillah.. harap ini permulaan yg baik buat mb selangor yg baru..

    ReplyDelete
  7. Moga MB yang baru ni mentadbir dengan amanah dan bertanggungjawab.

    ReplyDelete
  8. Mohon MB baru selangor baca entri JR ni. Bukan senang nk jd pemimpin. Kan.

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....