Tadi khatib solat Jumaat di Masjid Al-Bukhary, Alor Setar mengajukan soalan: "Adakah tuan-tuan yakin, tuan-tuan dah lulus dengan baik dalam SPM??"
Tentu ramai jemaah ketika itu terfikir: mestilah! Kalau aku tak lulus dengan baik dalam SPM bagaimana aku jadi doktor, jurutera, peguam, arkitek, guru dot dot dot...?
Tapi bukan SPM itu yang tuan khatib maksudkan..
SPM: Sijil Padang Mahsyar.
Yakinkah kita sekarang sedang berada di landasan terbaik untuk di tempatkan di tempat terbaik ketika berada di Padang Mahsyar nanti?
Berapa pointer yang telah berjaya kita kumpul sehingga kini untuk dicatitkan dalam SPM aka Sijil Padang Mahsyar nanti? Baru 1.5, 2.3, 3.2 atau dah dekat-dekat 4 flat??
Apapun, marilah kita lakukan yang terbaik di dunia ini agar dapat lulus SPM dengan pointer terbaik dan memudahkan perjalanan ketika meniti titian siratul mustaqim nanti...
Sijil ni gagap ni . adududu
ReplyDeletemarkah rendah
ReplyDeletesalam Sabtu JR...Moga-moga kita semua lulus dengan cemerlang. Aminnn..
ReplyDeletesemoga Allah permudahkan kita utk melakuaknnya ...
ReplyDeleteSPM akhirat paling susah nak jawab. Nak berhijrah dari dunia ke alam barzakh pun belum tentu kita dapat jawab apekan lagi nak lulus SPM akhirat.
ReplyDeletebergetar hati bila tahu makna SPM sebenar...
ReplyDelete