Hari ini JR tak ke mana-mana seperti biasa. Lepas hantar anak bongsu ke sekolah terus balik ke rumah. Banyak kerja rumah dirancang untuk dibuat pada hari ini - bersihkan rumah dari hujung dapur hingga ke hujung porch, cuci karpet, basuh/sidai pakaian dan banyak lagi.. Banyak kerja terbengkalai tak sempat dibuat sejak pulang bercuti dari Melaka dan Johor tempoh hari. Hari ini baru ada kesempatan. Entah dapat selesai buat semuanya hari ini, entahlah...
Lepas kerja rumah selesai separuh jalan, teringat tentang kipas angin yang bermasalah. Lalu JR ke kedai elektrik membawa spare part kipas yang perlu diganti.
Di kedai elektrik tengok ramai orang sedang berkumpul tengok TV. Mulanya ingat ada live bolasepak, rupanya bukan. Ia live majlis perlantikan Menteri Besar (MB) Selangor yang baru.
"Oooo..itu MB baru Selangor ka?" kata taukeh kedai elektrik, seorang wanita Cina berusia awal 30an sambil memandang wajah MB baru Selangor di TV, "Hensem maaa itu MB.. MB Malaysia paling hensem wooo.."
JR tak pasti sama ada kata-kata wanita Cina itu betul. JR tak pasti sama ada MB baru Selangor, Azmin Ali, 50 tahun boleh diiktiraf sebagai MB paling hensem di Malaysia.
MB paling hensem..?
Tapi kerana yang katakan demikian seorang wanita, agaknya boleh diterima laa kot. Mungkin wanita Cina kedai elektrik itu membandingkan Azmin dengan JR dan beberapa pelanggan yang sedang berada berdekatannya yang kebetulan tak hensem. Atau dia membandingkannya dengan bekas MB Selangor sebelum ini. Atau dia membandingkannya dengan MB Kedah sekarang.
Bagi JR tak kisahlah Selangor dapat MB hensem atau tidak. Yang penting bukan dapat MB yang berwajah hensem, tapi MB yang standard kerjanya hensem, imannya hensem, integritinya hensem. Yang penting masalah politik yang memeningkan kepala rakyat Selangor selesai.
(Gambar MStarOnline)
satu permulaan senario politik yg akan meenjadi lbh menarik lps ni...:)
ReplyDeleteMoga beliau menjadi pemimpin yang berjaya mentadbir Negeri Selangor dengan baik dan adil serta tidak dipengaruhi oleh pihak-pihak tertentu.. ;)
ReplyDeleteHensem ke, tak hensem ke...
ReplyDeleteYg penting amanah.
Hensem macam model tapi keparat tak guna juga..hihihih
Hensem ke? Hahaha.. XD
ReplyDelete