»

11 September 2014

Bocor Lagi..Apa Dah Jadi, Pak..?


Musim hujan-hujan begini, banyak yang bocor.

Ada rumah yang atapnya bocor...
Ada pejabat yang tandasnya bocor....
Ada sekolah yang bumbungnya bocor....

Tapi yang paling teruk kertas peperiksaan UPSR bocor sekali lagi!!
Baru kelmarin Kementerian Pendidikan umumkan kertas peperiksaan sains UPSR bocor dan terpaksa diadakan semula pada 30 September ini.

Dan sebentar tadi Kementerian Pendidikan umumkan kertas peperiksaan Bahasa Inggeris 1 dan 2 juga bocor dan akan diadakan semula pada satu tarikh yang akan diberitahu kelak.



Sains sudah bocor.
Bahasa Inggeris dah bocor.
Apa lagi yang nak bocor lepas ini? Kalau kertas BM dan Matematik juga bocor, maka lengkaplah sudah kebocoran UPSR. 

Nasib baik kebocoran memalukan ini berlaku di Malaysia. Kalau berlaku di negara maju seperti negara Barat, Jepun dan Korea mesti Ketua Pengarah Pendidikan, Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan bersama Menteri Pendidikan sendiri telah meletak jawatan kerana rasa bertanggung jawab atas tragedi ini. Nasib baiklah budaya bertanggung jawab bukan sebahagian dari budaya orang Malaysia....


6 comments:

  1. hmm..kesian anak2..tak bertanggungjawab btl perbuatan tu..kerana duit mungkin?

    ReplyDelete
  2. Adik ana merungut2 sebab upsr tunda. Harap kejadian camni takkan berulang lagi. Sape laa penjenyah yg bocorkan soalan upsr ni. Mesti keje org2 dalam jugak nih.

    ReplyDelete
  3. apa nak jadi la dengan depa ni..tak telus..buat apa nak bocorkan soalan..macam mana nak tahu anak2 kita betul cerdik atau tak..

    ReplyDelete
  4. tak tahulah siapa yg melakukannya..serius merosakkan bidang keguruan..

    ReplyDelete
  5. hadap ke depan si pembuat onar tu...memalukan dan menyusahkan...

    ReplyDelete
  6. Selesaikan dulu masalah barulah letak jawatan. Barulah bertanggungjawab.

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....