Pernah tak korang berhadapan dengan situasi ini:
Ketika itu umur korang dah sedikit terlajak, tapi belum kahwin. Bukan kerana tak laku tapi kerana belum ada jodoh...
Satu hari dalam majlis kenduri ada kenalan yang terlebih ramah bertanya korang: "Weh... bila kau nak kawin?"
Pasti ketika itu rasa seperti sedang berada di Gaza kan... soalan maut itu macam peluru Israel yang dengan kejam sedang digugurkan atas kepala!
Kadang-kadang orang yang bertanya itu tak sedar perasaan orang yang ditanya. Nak terlebih ramah pun kadang-kadang kena bertempat juga...
Ada lagi beberapa set soalan yang kita perlu berhati-hati dan seeloknya jangan ditanya di hadapan orang lain bagi mengelakkan ada yang terasa hati dan tergores perasaan:
"Anak dah berapa?"
Kadang-kadang kita terlupa orang yang ditanya belum dikurniakan anak oleh Allah walau dah bertahun-tahun kahwin, sesetengahnya lebih 10 tahun kahwin belum dapat anak. Jika ditanya soalan itu, sekali lagi orang yang ditanya akan rasa seperti berada di bawah lautan peluru Israel!
"Kerja di mana?"
Bukan semua orang senang dengan soalan ini. Kerja kadang-kadang berkait rapat dengan status sosial. Kadang-kadang kita terlupa masyarakat kita masih memandang kasta. Bukan semua yang bernasib baik bekerja di pejabat, di hospital/klinik, di firma guaman, di sekolah, di syarikat besar. Ada yang bekerja dengan syarikat pengangkutan (jadi pemandu teksi/bas), di supermarket/kedai (jadi jurujual/pembantu kedai), di kilang (operator pengeluaran), di laut (nelayan) atau di kebun getah (penoreh). Memang kerja mereka halal, tapi ada yang rabun dekat tak dapat membezakan antara status sosial dengan status seseorang di sisi penciptaNya...
"Kerja sebagai apa?"
Ini satu lagi soalan yang sangat bodoh. Penting sangatkah jawatan seseorang dalam sesuatu perhubungan? Kecualilah nak dijadikan pasangan hidup, soalan itu mungkin penting demi masa depan keluarga. Tapi jika sekadar nak ramah-ramahkan mulut di hadapan orang, tak payahlah tanya soalan itu. Kerana kadang-kadang orang yang ditanya rasa tak selesa bila jawapannya tidak menunjukkan dia seorang CEO, pengurus bank, peguam, juruterbang, doktor, jurutera atau arkitek.
"Berapa gaji sebulan?"
Ini memang soalan orang yang buta perut. Kecualilah orang yang bertanya tu nak pinjam duit orang yang ditanya!
"Pakai kereta apa?"
Soalan ini tak relevan langsung dalam apa jua keadaan. Kecualilah orang yang bertanya tu kerjanya sebagai penarik kereta!
"Anak dapat berapa A?"
Ini biasanya soalan lazim bila keputusan sesuatu exam baru saja keluar. Tentulah bagi ibu bapa yang anaknya dapat A berderet akan jawab soalan tu dengan penuh rasa bangga, tapi jika anaknya cuma dapat A seketul dua atau tak ada A langsung...?
Banyak lagi soalan-soalan sensitif yang kadang-kadang kita tanpa sedar pernah bertanya orang atau kita sendiri pernah ditanya orang....
busy body ni mmg perangai bagi ramai org .mcm dah tak ada soalan lain nak tanya ... kadang tu yg bertanya pun bukannya hebat sgt ... dah jadi perkara biasa org memandang melalui material dan jenis pekerjaan ...
ReplyDeletebergantung pada penyoal dan pada cara/niat soalan itu diaju. Sebelum kita patah hati dengan soalan sebegitu, baik awal2 kita patahkan2 kan kata org tu.
ReplyDeleteCuma mereka2 yang tak pernah mengalami saja yang suka cakap lepas tanpa menjaga hati kita...
ReplyDeleteSamalah dengan anak2 bunda ... belum sorang pun bernikah lagi...walaupun yang dua tu dah mencecah 30s..
Bukan orang lain yang bertanya...sedara mara jugak...sampai mereka macam fobia nak balik kampong...
saya paling tak suka jika ditanya:
ReplyDelete-awat nampak berisi ni...senang ati kut...
kalau nampak kurus pulak ditanya-awat kurus sangat ni..sakit apa?tak lalu makan ka? ada masalah ka..??
ada yg selalu tanya, bila nak tambah anak. bagi saya, soalan tu tak perlu tanya. huhu.
ReplyDeletedlm byk2 soalan yg jr list kan tu, soalan kerja kat mana tu saya selalu tanya. sbb rasanya soalan tu paling neutral kot. kat mana tu maksudnya kawasan mana, atau syarikat apa je. tp kalo tanya pasal gaji berapa tu dah melampau. ehehe.
Ni soalan2 "terlebih peramah" tu yang tanye soalan2 sensitif. Jaga la sikit hati org dari tanye soalan2 sensitif.
ReplyDelete