Geramnya!! Pelik benar....penat-penat saja JR tulis entri tentang kembara ke Johor pada pagi tadi, dah published pun entri tu pagi tadi, tapi kini ia dah hilang pulak!
Ingat lagi entri yang JR tulis pagi tadi tu, tajuknya 'Catatan Kembara Ke Johor (Episod 1)'. Tapi bila JR buka blog sekejap tadi entri tu dah ghaib entah ke mana? Tak kan ada orang hijack pula? Atau JR yang terdelete tanpa sengaja?
Geram betul, grrrrrr......
Nak ulang tulis entri sekali lagi mengenai 'Catatan Kembara Ke Johor (Episod 1)' tak mungkin lagi. Ia dah jadi macam ulang periksa UPSR - memeritkan!
Yang ada dalam simpanan JR kini cuma gambar-gambar entri 'Catatan Kembara Ke Johor (Episod 1)' kerana ia masih tersimpan dalam galeri henfon. Jadi gambar-gambar itulah saja yang masih ada untuk JR kongsi:
Tiga beradik (anak ketiga, kelima dan keenam JR) sedang menjamu selera. Gambar ayah tak ada sebab dia memegang kamera...
Sembang santai adik beradik
Notis di luar Rumah Persinggahan Batu Pahat yang kami sewa. Notis itu masih menggunakan ejaan Bahasa Melayu klasik, seklasik Rumah Persinggahan itu sendiri.
Bilik tidur Rumah Persinggahan Batu Pahat yang kami sewa
Anak dara bongsu JR di ruang tamu Rumah Persinggahan Batu Pahat
Walau entri 'Catatan Kembara Ke Johor (Episod 1)' dah hilang, entri seterusnya mengenai 'Catatan Kembara Ke Johor (Episod 2)' tetap akan menyusul selepas ini (mungkin esok kalau ada masa..)
Ehh..yelah. Dah takde entri yg tu. Terdelete kot JR.
ReplyDeletesaya baru nak komen tadi:-))
ReplyDeletetiba2 hilang..
Hehehehee. Nasib baik saya sempat baca dan komen entri pasal guest house tu...
ReplyDeletesy perasan entry tu dah up..tapi tak sempat baca lagi....huhuhuh...tak dek siaran ulangan... T_T
ReplyDeleteNasib baik saya sempat baca... Tapi tak sempat komen sebab ada orang nak datang rumah...
ReplyDeleteTak sempat nak baca...
ReplyDeleteheran lagi menherankan...jgn hilang sekali dgn blog dah la ya..mintak simpang..
ReplyDelete