Hari ini hari ke-3 JR, isteri dan 2 anak kami di Melaka. Tengahari nanti checkout hotel. Lepas ni kami dari Melaka nak bertolak ke Batu Pahat pula melawat anak kami Faez yang belajar di sana..
Catatan Hari Ke-2:
Kelmarin hari ke-2 kami di Melaka banyak dihabiskan dengan melawat beberapa tempat bersejarah di Melaka - A Famosa, Bukit St Paul, Istana Melaka, muzium dan beberapa tempat lain. Lepas sesi lawatan, isteri dan anak-anak bershopping di beberapa kedai di Dataran Pahlawan. Anak JR yang sedang belajar di Melaka, Fitri, ikut sama joint sesi lawatan kami.
Malamnya JR dan isteri mengikut ajakan anak-anak menonton wayang cerita 'The Maze Runner'. Kisah yang mendebarkan dari awal hingga akhir. Penilaian JR - 8 bintang untuk filem ini!
Sebelum itu nak berkongsi beberapa gambar ketika di Melaka:
- Gambar 1: bilik hotel yang kami sewa - 1 katil famili & 1 katil bujang..
- Gambar 2: Anak dara bongsu JR ini, masuk saja bilik hotel terus berselfie!
Gambar 3: Gambar anak bujang JR dan adiknya di pintu bilik hotel.
Nota: Bagaimana ada orang begitu cekap buat entri guna henfon? JR yang dah terbiasa guna laptop selalu tergagap-gagap bila guna henfon untuk entri ini..
Saya pun tak cekap guna handphone JR hendaknya bab nak upload gambar.. bila guna handphone tu yg gambar sekeping dua ajer hahahha :P
ReplyDeletekalau upload gambar guna hp ok lagi.. tapi kalau nak taip entry.. memang lappy akan kucari.. baru rasa puas hati.. ;)
ReplyDeleteseronoknya jenjalan sekeluarga gini kan..
ReplyDeletesaya pun tak reti update guna hp. penah sekali tapi ayat pendek2 je lah.
Selama ni ana hapdet blog kat henpon je JR. Kui3. Dah biase ngan henpon. Tu yg blog takde design pape lagi takat ni. Kosong je kan. :D
ReplyDeleteBestnye jalan2. Nanti sampaikan salam ana kat anak JR, Faez. Tau2. XD
Deletebest nyer gi bercuti sekeluarga..
ReplyDeleteita pun jarang nak update guna phone..payoh sangat2...
cuti cuti malaysia
ReplyDeleteselamat bercuti, semoga kembali dengan selamat. mohon maaf jika ada komen etuza yang tidak disenangi
ReplyDeletedah besar anak2 jr ... cuti2 malaysia sempena cuti sekolah la ni ya ... saya x pernah try update guna phone juga tablet sbb sentiasa bawa lappy .
ReplyDeleteBatu Pahat? Adus..terkenang beriyani gam Md Shah di peserai
ReplyDelete