Ini catatan hari terakhir (20 September) kembara JR, isteri dan dua anak kami ke Melaka dan Johor.
Selepas 4 hari di Melaka dan Johor, akhirnya tibalah masa untuk kami kembali semula ke rumah tercinta di Alor Setar.
Lalu perjalanan dari Batu Pahat ke Alor Setar dengan menaiki kereta Ferrari isteri sejauh 640 km itu pun bermula...
Seperti biasa pak cik pemandu ini akan sentiasa berwajah ceria sebelum memulakan pemanduan. Falsafah pemanduannya mudah:
biar lewat 20 minit
jangan cepat 20 tahun..
Pagi ini ingat nak rasa mee racun di Batu Pahat. Tapi bila pergi ke Gerai Mee Racun, ia belum dibuka lagi:
Akhirnya anak kami - Faez - yang sedang menuntut di UTHM mengajak kami breakfast di gerai berdekatan kampusnya di Parit Raja. Tak ingat pula nama gerai kami makan itu, gambar juga terlupa ambil. Yang pasti harga roti canainya sangat murah, cuma 50 sen sekeping, besar pula tu. Agaknya roti canai termurah di Malaysia kot? Untuk roti canai telur yang kami pesan, harganya baru RM1 sekeping, masih sangat murah. Terlalu murah berbanding di Alor Setar harga roti canai telur antara RM1.50 hingga RM2.00 sekeping.
Lebih kurang pukul 12.00 tengahari, kami hantar Faez pulang semula ke kediamannya di Taman Universiti UTHM. Sempat juga Faez bergambar di depan rumah kediamannya:
Kemudian kami berempat (JR, isteri dan dua anak kami) meneruskan perjalanan ke Utara. JR pandu Ferrari putih isteri dengan kelajuan biasa antara 110-120 km sejam. Tapi kadang-kadang bila ralit tertekan pedal minyak hingga mencapai 140. Sori, tak sengaja, jangan saman aku!!
Bila jam dah menunjukkan pukul 3.00 lebih, perut mula bersyair. Kami singgah makan dan solat di Restoran Jejantas Sungai Buloh.
Anak JR dua beradik ni pesan burger king untuk santapan...
Banyak kali juga kami berhenti sepanjang jalan selepas itu, sama ada untuk ke bilik air atau minum-minum termasuk di R&R Tapah, Kuala Kangsar, Gunung Semanggol dan Gurun.
Sepanjang perjalanan hujan tak henti-henti sepanjang jalan. Bila hujan begitu kereta terpaksa dipandu perlahan. Apa lagi lihat beberapa kemalangan yang berlaku mungkin akibat pemanduan yang tak berhemah....
Sepanjang perjalanan hujan tak henti-henti sepanjang jalan. Bila hujan begitu kereta terpaksa dipandu perlahan. Apa lagi lihat beberapa kemalangan yang berlaku mungkin akibat pemanduan yang tak berhemah....
Alhamdulillah, tepat pukul 10.10 malam kami sekeluarga bersama Ferrari putih isteri selamat mendarat di rumah kami di Alor Setar....
dari selatan ke utara tu JR.. jauh perjalanan memang patut pun kena banyak berhenti utk berehat kan :)
ReplyDeleteFerrari putih ni boleh jalan laju JR..
ReplyDeleteFerrari hijau saya, max 130km/h aja...tu pun gegar dahhh..hahahaha
roti canai tu mmg sangat murah!
Kalau telur 4osensebiji..roti telur rm1 masih ada untung?...hoho.mana nk dpt peniaga cmtu..
ReplyDeleteJauh perjlnan..selamat smpai akhrnya..
makanan kat BP mmg masih murah. Saya pun perasan.
ReplyDeleteMee Racun..nampaknya blm ada rezki walau dah sampai ke BP. Takpe, simpan utk misi lain kali.
kembara utara-selatan dengan ferrari putih tu memang terbaik...
ReplyDeleteyang penting, cukup rehat dan penumpang enjoyed...
Kat sini pun ade roti canai 50 sen JR. Keh3. Bagus falsafah JR. Biar lewat 20 minit, jangan cepat 20 tahun. Hehe..nice2!
ReplyDelete