Korang ingat lagi tentang kisah 7 pemuda (ada yang menyatakan 3, ada yang menyatakan 5 pemuda) dan seekor anjing dalam kisah Ashabul Kahfi? Mereka terperangkap dalam gua selama 309 tahun kerana tak dapat keluar akibat angkara penguasa kafir.
Begitu pun, jika Allah hendak menolong mereka yang beriman kepadaNya, mereka yang sanggup mempertaruhkan nyawa berjuang untukNya, Allah akan memelihara mereka walau terperangkap beratus tahun di dalam gua.
Ketika perang Gaza 2014 yang kini belum tamat sepenuhnya lagi ada satu kisah yang hampir sama seperti kisah Ashabul Kahfi. Ia kisah bagaimana 29 orang pejuang Briged Al-Qassam yang sangat ditakuti Israel itu terperangkap di dalam tanah selama berminggu-minggu, tapi dengan izin Allah baru-baru ini mereka dapat keluar dengan selamat. Cuma bezanya jika pemuda Ashabul Kahfi terperangkap dalam gua, pemuda pejuang al-Qasam ini pula terperangkap dalam terowong yang terletak 25 meter di bawah tanah tanpa pintu keluar.
Ikuti kisahnya:
Kisah ini diceritakan sendiri oleh Briged Izzuddin Al-Qassam dalam laman
sesawang mereka iaitu kisah bagaimana 29 orang anggota Briged Al-Qassam
yang bertempur di Khan Younis ketika perang darat bermula terperangkap
dalam terowong bawah tanah.
Dan komander briged mengesyaki bahawa mereka telahpun syahid selepas terputus komunikasi dengan mereka.
Tetapi dengan takdir Allah, 23 orang anggota Briged Al-Qassam berjaya keluar dengan selamatnya semalam.
Baki anggota Briged Al-Qassam yang lain masih dicari.
Lubang keluar dari terowong itu telah musnah dan tertutup apabila sebuah pesawat F-16 membedilnya dengan peluru berpandu.
Ini menjadikan mereka terperangkap dalam terowong dengan kedalaman 25 meter di bawah tanah.
Seorang komander berkata : "Setelah tempoh gencatan senjata bermula,
pasukan bomba dan penyelamat berusaha menggali semula terowong yang
telah terkambus itu, lalu kami terkejut apabila 23 orang mujahidin
berjaya keluar dengan kesihatan yang cukup baik."
Salah seorang mujahidin yang berjaya keluar dengan selamat itu berkata :
"Kami menjumpai sebuah air mata air dengan izin Allah dan kami
meletakkan helaian baju kami agar air itu bertakung di dalam baju
tersebut.
Kami ada beberapa biji tamar lalu kami membahagi-bahagikannya antara
kami. Setiap seorang dari kami mendapat separuh dari sebiji tamar, dan
separuh gelas air yang kecil setiap hari."
Sebagai makluman, punca air di kawasan itu berada pada 90 meter dalamnya
dari atas tanah, iaitu 65 meter di bawah tempat para mujahidin itu
terperangkap.
Mujahidin itu menambah lagi : "Ini adalah satu anugerah yang diberi
Allah kepada kami, dan jika seluruh dunia tidak bersama kami dan para
mujahidin kami, Allah ada untuk bersama kami."
~ Aqsa Syarif
(Aqsa Syarif adalah sebuah NGO Malaysia yang misinya adalah untuk membantu membebaskan Masjidil Aqsa dan Palestin dari cengkaman Israel)
SUBAHANALLAH MAHA SUCI ALLAH..ALLAHUAKBAR
ReplyDeleteYa Allah.. sungguh besar kekuasaan Mu
ReplyDeletepertolongan Allah akan sentiasa hadir utk mereka yang beriman.subhanaAllah...
ReplyDeleteBesar sungguh kekuasaan Allah. Tak sangka mereka masih hidup walaupun terperangkap bawah tanah macam tu.
ReplyDeleteRahmat Allah mengatasi segalanya.
ReplyDelete*Aqsa Syarif adalah sebahagian dari gabungan NGO OKRAM yang IM sertai. Kami selalu membuat kutipan untuk Palestin selain Syria, Kemboja dll...
Maha Suci ALLAH
ReplyDeleteKuasa Allah tiada tandingannya....Subhanallah, Allahuakbar..
ReplyDeleteSubhanallah...Maha Baiknya DIA..
ReplyDelete