Seorang pembantu kedai dari Vietnam pernah memberitahu JR orang Malaysia tak akan faham bagaimana dahsyatnya puting beliung. Dia pernah mengalaminya beberapa kali kerana Vietnam sering dilanda puting beliung. Katanya sedahsyat-dahsyat ribut di Malaysia yang menerbangkan bumbung dan memusnahkan rumah hanya seperti 'bayi kecil' saja jika dibandingkan dengan puting beliung yang sering melanda Vietnam yang mengakibatkan kemusnahan teruk dan beratus-ratus orang mati.
Tapi petang kelmarin JR bersama isteri dan 3 daripada 6 anak kami benar-benar mengalami kengerian dan kedahsyatan puting beliung itu. Memang sangat-sangat-sangat ngeri dah dahsyat!
Ia bermula dengan angin sederhana kuat dan hujan lebat. Kemudian langit hitam mengeluarkan angin berbentuk lembaga besar dan panjang yang datang bergulung-gulung, memulas, mengamuk dan memusnahkan segala yang berada di bawahnya. Bangunan-bangunan hancur, sistem penggera amaran ribut tidak berfungsi, kenderaan, pokok dan manusia berterbangan di udara, malah kapalterbang juga jatuh ke bumi. Ia benar-benar puting beliung raksaksa yang memusnahkan segalanya, segalanya.... malah kubu keselamatan bawah tanah tidak terkecuali dari kemusnahan. Semuanya tidak selamat di situ kecuali cuba lari sejauh mungkin dari pusat bencana.
Terasa seperti benar-benar berada di tengah kedahsyatan puting beliung itu selama kira-kira sejam. Tidak dapat diceritakan dengan kata-kata melihat segalanya berterbangan, bunyi deru angin yang maha dahsyat, objek-objek yang menghentam dan berlanggar satu sama lain, tangisan mangsa puting beliung, bunyi dentum dentam yang menggegarkan kerusi kami di dalam panggung!
Jadi itulah pengalamannya. Ia cuma pengalaman ketika berada di dalam panggung wayang ketika menonton 'Into The Storm'. Tapi cara Steven Quale mencipta puting beliung raksaksa yang berlaku dalam tempoh 24 jam di bandar Silverton itu terasa sangat-sangat realistik hingga penonton-penonton seperti rasa mereka betul-betul berada di tengah-tengah puting beliung itu. JR sendiri tak sempat menjamah popcorn dan air yang dibeli anak sebelum masuk panggung kerana mata asyik tertumpu menyaksikan kedahsyatan di depan mata...
Rasai sendiri secebis kedahsyatannya dalam youtube...
Filem 'Into The Storm' mengisahkan seorang ayah penyayang dan dua anak lelakinya yang kemudian salah sorang mereka terpisah kerana puting beliung dahsyat itu. Juga tentang sekumpulan pemburu puting beliung bersama perlatan paling canggih yang mahu berada di tengah-tengah pusat puting beliung itu untuk tujuan penyelidikan bagi keselamatan generasi akan datang. Kumpulan penyelidik ini pula bertembung dengan satu lagi kumpulan pemburu puting beliung yang mahu merakamkan peristiwa itu dalam youtube untuk mendapat populariti melalui hit dan like tertinggi.
Keluar saja dari panggung anak bongsu JR sambil mengurut dada berkata: "Nasib baik di Malaysia tak ada puting beliung!!".
Sapa kata di Malaysia tak ada puting beliung, kata JR. Di Malaysia juga ada puting beliung tetapi terlalu kecil jika dibandingkan dengan puting beliung yang berlaku di Amerika, Filipina, Vietnam, Bangladesh dan negara-negara lain. Tapi puting beliung dalam 'Into The Storm' adalah puting beliung paling dahsyat.... kerana ia cuma puting beliung ciptaan pengarah filem Amerika yang mungkin cuma boleh dilakukan oleh pengarah filem Malaysia pada abad akan datang...
Kepada mereka yang tiada sejarah sakit jantung, ingin menyaksikan pengalaman seperti berada di tengah-tengah pusat puting beliung sebenar, boleh tonton filem ini yang sudah mula ditayangkan di panggung-panggung wayang di Malaysia mulai 8 Ogos lepas. Jika ditanya JR, JR beri 8 bintang untuk filem ini....
pertama kali baca abang JR punya review filem, mula2 ingatkan cuma mimpi je. tapi bila baca review, rasa macam nak tengok pulak. lagi syok kalau tengok yang 3D punya. mau merangkak keluar panggung, lutut menggigil, seluar basah terkencing...!
ReplyDeleteputing beliung ni ibarat macam sesetengah manusia. dari luar nampak ganas, kuat mengamuk, kaki pukul, panas baran dan segala macam keganasan... tapi jauh di sudut hati, tenang je...
serius saya membacanya tadi hehehe ..tak apa wayang..
ReplyDeletewahhhh..bagus punya review ni :)
ReplyDeletedulu cerita pasal puting beliung Twister..saya tgk wayang..boleh la consider layan cerita ni pulak