»

07 August 2014

Boikot Barang Israel: Macam Lawak Aje...


Lawak juga tentang cerita boikot-boikot barang Israel ni. Teringat bila Israel serang Gaza pada November 2012, maka ramailah yang boikot barang Israel termasuk Mc D, walaupun Mc D Malaysia menafikan mereka ada kaitan dengan Israel, pengurusan serta pekerja Mc D Malaysia pula majoritinya Melayu. 

Tapi lepas sebulan memboikot (memboikotlah konon!!), orang Melayu dah lupakan percikan darah rakyat Gaza, mereka kembali membeli produk-produk yang kononnya ada hubungan dengan Israel. Memang lawak, hangat-hangat tahi ayam saja orang Melayu kita...

Sekarang meriah media sosial dengan seruan boikot produk Yahudi dan Israel. Bersemangat gila sesetengahnya sampai buat flashmob anti Israel dan Mc D. Malah ada Melayu yang dikatakan sampai tergamak meludah dan memaki hamun kaum sendiri yang bekerja di Mc D. Ape punya ler tongong otak depa...

Tapi tengok aje bulan depan, hilanglah kisah boikot ni ditelan sejarah, Melayu kembali berpusu-pusu beli produk-produk dalam senarai yang dikatakan ada hubungan dengan Israel, kembali serbu Mc D... Sejarah  hangat-hangat tahi ayam orang Melayu berulang lagi lepas ini...tengoklah nanti! And history repeats itself...
 
Bagi JR, patutnya kerajaan kita haramkan saja perdagangan dengan Israel, kalau kerajaan tak benarkan semua barang Israel masuk ke Malaysia, tak adalah barang Israel di sini, jadi tak perlulah kita boikot-boikot bila barang Israel tak dibenarkan  masuk ke pasaran Malaysia lagi. Ini tidak, kerajaan kita melalui MITI (Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri) dan Jabatan Kastam macam  biarkan aje Malaysia menjadi rakan karib ke-11 Israel dalam perdagangan dunia dan negara Islam no.1 yang paling rapat dengan Israel. Akhirnya Israel dapat untung dari perdagangan dengan Malaysia, kemudian mereka gunakan wang keuntungan dari Malaysia itu untuk beli peluru bunuh rakyat Palestin. Salah siapa?




Malu juga bila memikirkannya, NGO Malaysia sibuk hantar sukarelawan beri bantuan kemanusiaan ke Palestin, orang-orang Islam Malaysia sibuk berdemo, sibuk flashmob, sibuk menjerit-jerit mengutuk Israel tapi Malaysia menjadi negara Islam no.1 yang paling rapat berdagang dengan Israel... 

Kalau negara-negara Kristian seperti Chile dan Venezuela boleh putuskan hubungan dagang dengan Israel baru-baru ini, mengapa Malaysia sebagai negara Islam masih nak menjadi rakan karib Israel?

Kalau macam ni nampak cerita boikot barang Israel tu dah jadi macam cerita lawak saja di Malaysia.... 
 

10 comments:

  1. Hmmm..boikot..setuju dgn pandangan JR..kita mmmg mudah lupa...

    ReplyDelete
  2. setiap kali Israel menganas..isu yg sama berulang-boikot..
    lps tu..senyap semula...kfc dan mcd kembali penuh...

    teringat kata seseorang...dia boikot jugak..kfc..mcd..tp boikot time takde duit..

    ReplyDelete
  3. Boikot kena ada ilmu. Kena benar2 tahu kenapa & apa kesannya. Baru boleh istiqamah. Mmg ada yg sekadar ikut-ikutan, tu yg boikot ikut emosi dan hangat2 tahi ayam. Bg saya, itu biasa berlaku dlm byk hal.

    Bg pihak kerajaan pulak, mmg pelik bila kata tak mengaku kewujudan negara Israel tapi dlm masa yg sama ada hubungan dagangan dgn Israel. Perlu ada penjelasan di situ.

    ReplyDelete
  4. Kalau nak libatkan kerajaan dan tunggu kerajaan yg bertindak, memang sampai ke sudah la kita ni tak dpt nak buat apa2. Sbb byk sgt benda yg patut kerajaan buat tapi tergantung mcm tu je demi kepentingan segelintir pihak. Jadi, mahu tak mahu, cara boikot ni je la yang mampu rakyat Malaysia lakukan sebagai usaha individu. Bagi saya,walaupun org tu boikot bermusim sekali pun, ada juga usaha dia. mungkin lama2 dia akan terbuka hati utk boikot forever.

    ReplyDelete
  5. Betul apa yg di katakan oleh JR tu.. Melayu mudah lupa dan hangat2 tahi ayam.. kena peringat selalu ni...

    ReplyDelete
  6. Sepatutnya kerajaan kena lebih bijak. Jangan jadikana tragedi 2012 berulang lagi. Ah, memalukan saja kalau beginilah jd nye. Takde guna boikot. Itulah. Melayu mudah lupa.

    ReplyDelete
  7. Uit.. Takda hubungan diplomatik, tapi boleh pulak jadi rakan dagangan utama ye. Pelik betul ni.

    ReplyDelete
  8. Sya dah hmpir sepuloh tahun berniaga mini mrket dan selama itu juga tak jual coca cola. Sudah bertahun2 juga Mcd + kfc sya x jamah. Alhmdulillah saya masih sihat. Saya boikot kerana takut brhadapan dgn Allah nnti

    ReplyDelete
  9. kesian pada pekerja mcD yang kena maki hamun...diorg just nak keje cari duit belanja.... kalau yang maki2 tu ada kwan2 atau sedara mara yg keje di situ pasti diorg paham.

    ReplyDelete
  10. Memang susah nak meninggalkan apa yang sudah menjadi kebiasaan.. tapi kalau niat itu sudah ada, in shaa Allah, moga Allah permudahkan.

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....