Minggu lepas ketika menghantar anak ketiga ke stesen bas Shahab Perdana Alor Setar untuk menyambung LI (Latihan Industri)nya di Pejabat Tanah Melaka, ketika melihat berpuluh bas masuk keluar ke stesen bas, teringat JR kepada kenangan silam menjadi penghuni tetap bas ekspress pada setiap hujung minggu.
JR pernah jadi penumpang tetap bas ekspress pada setiap hujung minggu selama bertahun-tahun. Petang Jumaat naik bas dari Puduraya, KL ke Alor Setar untuk jenguk keluarga di Alor Setar. Ahad malam pula naik bas dari Shahab Perdana, Alor Setar ke KL kerana JR kerja di KL. Naik kematu punggung setiap minggu 12 jam duduk dalam perut bas, 6 jam pergi 6 jam balik..
Setahun ada 52 minggu, 52 X 12 jam = 624 jam dalam setahun berada atas bas. 624 jam bersamaan 26 hari, jadi dalam setahun 26 hari JR berada dalam bas..
Jika dalam setahun 624 jam JR terperosok dalam bas, bayangkan jika hampir 5 tahun berulang alik naik bas, kiralah berapa jam punggung terperuk atas kerusi bas... Boring!!
Jika dalam setahun 624 jam JR terperosok dalam bas, bayangkan jika hampir 5 tahun berulang alik naik bas, kiralah berapa jam punggung terperuk atas kerusi bas... Boring!!
Nasib baik selama berulang alik naik bas setiap minggu itu, JR tak pernah berhadapan dengan pengalaman ngeri.... syukur Alhamdulillah. Pengalaman bas rosak tengah jalan adalah...
Yang agak lucu (lucu ke...?), setiap kali ada kemalangan ngeri melibatkan bas ekspress, ada seorang rakan yang rajin menelefon ke pejabat setiap pagi.
Bila JR angkat telefon... kata-kata biasa kawan itu ialah:
"Alhamdulillah, dapat dengaq lagi suara hang. Aku ingat....." diikuti suara gelak besar.. Kurang asam!!
"Oh...hang ingat aku dah mati ya? Aku hidup lagi laa..." Itu sebenarnya jawapan klise, diulang setiap kali soalan klise sama ditutur rakan itu..
Tapi jauh di sudut hati JR, JR juga pernah terfikir soal itu: mungkinkah suatu hari nanti giliran aku mengalaminya? Hari ini baca dalam akhbar orang lain terlibat kemalangan jalan raya, kalau bas yang aku naik pula kena.....? Kebarangkalian tetap ada kerana setiap minggu naik bas, cuma minta ia dijauhkan Tuhan....
Sebab itu sebelum melelapkan mata atas bas setiap Ahad malam, JR akan mengucap kalimah syahadah terlebih dulu...Mana tau tak sempat mengucap dan tak sempat sampai ke Puduraya? Manalah tau tak sempat sampai di Puduraya, tapi tiba-tiba bila tersedar berada di pusara raya di depan malaikat Munkar dan Nakir??
Tapi itu semua cerita lama. Cerita ketika zaman perkawinan jarak jauh kami dulu. Zaman JR digelar suami hujung minggu (weekend husband) dan isteri pula weekend wife sudah berakhir. Sekarang JR dan isteri dah tinggal sebumbung. Perkahwinan jarak jauh, status sebagai weekend husband dan weekend wife hanya tinggal kenangan silam....
Manis sungguh kenangan JR eh. Huhu. Sweet memori di awal perkahwinan gitu. Ecece~
ReplyDeleteLama juga ye JR jadi suami hujung minggu.. 5 tahun tu.. berkat kesabaran .. akhirnya tinggal juga sebumbung kan :)
ReplyDeletePengalaman yang sukar nak dapat dan takda siapa yang nak pengalaman macam ni.
ReplyDeletetiap2 minggu tanpa gagal? hebat JR :)
ReplyDeleteSaya dah lama tak naik bas.. dulu waktu bujang, bila cuti sekolah.. saya pun turut cuti balik kampung menjenguk saudara.. cuti habis pun sebab menjenguk orang kampung.. hehehe..
ReplyDeleteabang JR ada tak terfikir nak travel naik bas lagi? kali ni berdua...
ReplyDeleteDemi mencari rezki dan tuntutan kerjaya masing2 perlu bekorban masa dan tenaga...
ReplyDeleteBunda pun sekarang lebih kurang juga...walaupun tak sekerap JR... tiap bulan naik bas ekspress balik kpg menjengah bapak...
Sebelum gerak macam2 pesanan dan wasiat tinggal kat anak2...Duit bawa tak banyak....kad ATM segala tak bawa...
Kad tinggalkan kat anak2..keluakan dan guna sekiranya apa2 hal terjadi kat mak...
Puduraya tu dah sinonim dengan bunda tiap bulan.. kadang tu lebih...kalau ada apa2 hal mengejut terjadi kepada bapak...terutama tentang kesihatannya..
Sedangkan diri sendiri pun bukannya gagah sangat ..bukannya muda lagi....tapi nak buat macam mana...masing2 punya tanggung jawab...selagi mampu...terpaksa redha...Allahuakbar ..