»

11 August 2014

Boikot Tapi Tak Boikot


Bersemangat sekali kawan itu bercerita tentang pengalamannya menyertai demo boikot Mc Donald di sebuah premis Mc D di tengah bandar Alor Setar beberapa hari lepas. Katanya dia menjerit kalimah anti-Israel hingga nak hilang anak tekak. Lebih bersemangat tentunya kerana ada lensa kamera TV dan akhbar ambil gambarnya!

JR tanya dia bila kali terakhir dia makan Mc D? Dengan teragak-agak kawan itu berkata, dia pun dah tak ingat bila kali terakhir dia makan Mc D. Lama sangat dah...katanya, mungkin 6-7 tahun lepas! Itu pun katanya kawan tempat kerja yang belanja dia makan 6-7 tahun lepas tu. Kata kawan itu  anak-anaknya lebih suka makan KFC, selain itu makanan di restoran makanan segera agak mahal. Kalau ketagih nak makan ayam goreng berempah katanya lebih ekonomik jika beli kat pasar malam, seketul ayam bersaiz sederhana baru RM2 seketul. Mengapa buang masa dan duit makan di Mc D?

Tu dia....lamanya dia tak sentuh Mc D, patut pun dia sertai demo boikot sebab dia secara semula jadi sejak azali memang dah boikot semua makanan segera yang agak mahal itu. Dia boikot Mc D bukan kerana faktor Gaza, tapi faktor ekonomi. Kalau Israel tak serang Gaza pun dia tetap boikot Mc D, malah kalau Mc D dimiliki 100% oleh orang Islam pun dia tetap boikot Mc D kecuali seketul ayam dijual pada harga RM2!!

Bila JR tanya dia tak nak boikot Astro ke? Tak kan nak boikot Mc D saja, sedang Astro juga ada hubungan dengan Israel?  Astro baru-baru ini mengaku telah melantik syarikat yang ditubuhkan di Israel, Amdocs untuk menyediakan perisian serta perkhidmatan pengurusan perhubungan pelanggan dan pengebilannya. Jadi tak nak boikot Astro yang ada hubungan dengan Israel ke?

Bila ditanya tentang boikot Astro kawan itu diam saja. Matanya terkebil-kebil sambil tersenyum, tapi mulut tak jawab apa-apa. Tapi JR faham dia tak akan boikot Astro punya, walaupun Astro ada hubungan terus dengan Israel. Kalau dia boikot Astro dia terpaksa melupakan rancangan sukan yang digemarinya dalam stesen TV berbayar itu. Kalau dia hentikan langganan Astro, isterinya yang suka drama Korea juga tentu akan protes, begitu juga anak-anaknya yang suka cerita kartun.

JR juga tanya dia tak nak boikot Facebook ke kerana Mark Zuckerberg pengasas facebook itu bukan saja seorang Yahudi tapi juga penyokong kuat Israel dan zionis?  Mark adalah ahli aktif Alpha Epsilon Pi Fraternity (AEPi) sebuah persatuan persaudaraan Yahudi Amerika Utara yang mempunyai hubungan rapat dengan beberapa pertubuhan pro-Zionis antarabangsa seperti  AIPAC, Hillel, Israel on Campus Coalition, Aish HaTorah, Chabad on Campus, Hasbara Fellowships, B’inai Brith International, Shaare Zedek, Chai Lifeline, Holocaust Museum dan Gift of Life .

Mark juga baru-baru ini telah membeli sebuah syarikat Israel, Snaptu dengan harga USD 70 juta dan memindahkan semua pekerja ke ibu pejabatnya di California. Hang tak bercadang nak boikot facebook ka??




Sekali lagi kawan itu diam. Tentulah dia diam kerana kawan itu seorang pengguna aktif facebook, hari-hari dia sentiasa update statusnya. Isterinya pula seorang peniaga online yang kalau tak ada facebook separuh pendapatan keluarga mereka akan terjejas. Kawan itu kemudian cuba lari ke topik lain - tentang musim hujan yang kini sedang  melanda Alor Setar. 

Tapi begitulah kita orang Melayu. Kadang-kadang kita melakukan sesuatu sebab orang lain melakukannya. Kita kata kita boikot Mc D sebab orang lain kata meraka boikot Mc D, sedang kita sendiri jarang-jarang menjamah Mc D. Dalam masa yang sama kita tak berani boikot Astro kerana kita dan keluarga ada kepentingan di dalamnya. Begitu juga kita tak berani boikot facebook kerana tanpa layari facebook selama 3 hari rasa seperti nak gila...

Banyak lagi produk berkaitan Israel dan Zionis yang kita tak akan boikot kerana yang kita nampak cuma Mc D yang sebahagian pengusahanya adalah orang Melayu dan 85% pekerjanya Melayu....


10 comments:

  1. Bagi saya mudah..prinsip saya:
    1- Mesti ada ILMU utk boikot, tahu apa yg perlu, apa yg tak perlu diboikot..dan kenapa perlu di boikot( kewajarannya) ?
    2- Kalau tak mampu boikot semua, boikot yg kita mampu, secara konsisten...meminjam kata kata hikmah " Kalau tak boleh buat semua, jangan tinggal semua"

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sape nak beli ANDROID TV BOX, DECODER SKYBOX, OPENBOX, CLOUDHD....
      Harga murah kasi.
      Boleh pos@COD di Sunway,PJ.
      Jika nak langgan MYIPTV, HDTV, HUAT88TV, CLINE/ CCCAM....
      Whatsapp sy 013-3332502

      Delete
  2. Jr rupanya kita dikelilingi oleh produk israel..macamanalah ni ya..

    ReplyDelete
  3. Kalau kita komited untuk boikot, jangan pula kondem orang lain yang tak mampu nak boikot. Kita yang boikot ini tak semestinya lebih hebat dari yang tak mampu nak boikot!

    ReplyDelete
  4. Sedar tak sedar sejak zaman datuk nenek kita lagi kita adalah pengguna barang2 Israel...contohnyer MILO dan beberapa barangan NESTLE yang lain.
    So, macam mana tu?

    ReplyDelete
  5. Nak boikot pun kalau dah sampai menyusahkan diri sendiri pun tak guna jugakkan.Apa2 pun ilmu tu penting. Nak boikot pun jangan sampai ikut emosi.

    ReplyDelete
  6. Boikot, boikot gak. Yang penting jom kita taubat dan muhasabah diri. Doakan saudara seislam kita. Tu baru terbaik.

    ReplyDelete
  7. salam kenal..


    saya boikot mana yang termampu.. setidak - tidaknya ada gak penglibatan.. tp jangan beremosi... harus berhemah dalam hal ni..

    ReplyDelete
  8. Sape nak beli ANDROID TV BOX, DECODER SKYBOX, OPENBOX, CLOUDHD....
    Harga murah kasi.
    Boleh pos@COD di Sunway,PJ.
    Jika nak langgan MYIPTV, HDTV, HUAT88TV, CLINE/ CCCAM....
    Whatsapp sy 013-3332502

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....