»

04 August 2014

Jom Kita Serang Zionis Israel Di Sini!!


Jika korang sudah tak tertahan melihat penderitaan kanak-kanak
geram melihat darah wanita dan warga tua tersimbah di Gaza
jika darah korang sudah tersirap membuak-buak hingga ke liang roma 
meluat melihat masjid, hospital dan rumah-rumah Gaza diletupkan

Jika korang tak punya M-16, kalashnikov, bazooka, roket 
untuk dihalakan ke kepala Benyamin Netanyahu
jika korang rasa bodoh melihat orang menjerit-jerit dalam demo di Dataran Merdeka 
kerana korang tau suara di Dataran Merdeka 
tak akan sampai ke Tel Aviv
jika korang masih punya hati
korang boleh gunakan peluru  yang kita semua miliki:


Kita gunakan peluru pena
kita gunakan jejari 
biar ia menari atas facebook mereka
kita tembak mereka dengan peluru pena 
kerana pena itu lebih tajam dari mata pedang

 
 Inilah facebook propaganda zionis Israel. Jika korang rasa ingin menulis kekesalan korang atas kekejaman Israel, korang boleh jerit sekuat hati korang dalam facebook ini. Sekurang-kurangnya ia lebih baik dari menjerit-jerit dalam demonstrasi yang suara jeritan korang tak akan sampai ke telinga mereka di Tel Aviv

Tulislah apa yang terbuku di hati di facebook mereka
di sini zionis laknatullah dapat mendengar suara korang
ia lebih baik dari menjerit di Dataran Merdeka 
kerana suara jeritan di Dataran Merdeka tak mungkin sampai ke Tel Aviv.

Jom kita serang zionis
jom kita pancung kebiadaban mereka
dengan kata-kata sakti kita 
jom!!!

Nota Kaki: Sejujurnya JR sudah tiga kali hantar peluru kata-kata ke facebook mereka ini. Ia cuma bertahan selama beberapa jam di facebook dan kemudian kata-kata itu dipadamkan. Betul kata Hamas, Israel memang pengecut sebab itu mereka memadamkan kata-kata yang menentang kekejaman mereka. Tak kisahlah Sang Zionis memadamkannya, tapi hati rasa puas mereka membacanya kerana mereka perlu tahu ramai manusia waras tidak bersama mereka..

7 comments:

  1. Israel berani sbb ada Amerika dibelakangnya...

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum wbth...
    Buat sahabatku JR yang jauh di sana...
    Pagi isnin yang indah...di bulan Syawal yang Mulia...
    Menyusun jari....memohon ampun dan maaf jika ada tersalah kata dalampersahabatan ini...

    salam rindu dari TiranaAduka

    ReplyDelete
  3. Hensem gambar JR kat kereta tu......
    Leh pinjam kereta tu....?


    Rindu pada En. Jr

    ReplyDelete
  4. Takut diorang ni dengan orang Malaysia bro JR. Pages Isreal Defense tu pun dah blog pengguna FB dari Malaysia. Haha.

    ReplyDelete
  5. Betul ke tu page israel? Bukan ape byk sgt penipuan kat dunia laman sosial ni JR.

    ReplyDelete
  6. salam JR, rasanya lom terlambat cikda nak ucapkan selamat hari raya maaf zahir dan batin.
    memang cikda dan family pun dah start boikot besar-besaran product zionis nih.. mari kita bersatu memboikot..!!1

    ReplyDelete
  7. Jom!! saya nak serang!

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....