»

03 August 2014

Puasa Enam 1/6


Ketika orang lain dah hampir menghabiskan puasa sunat enam hari bulan Syawal ini, JR nampaknya terlewat lagi. Hari ini baru JR mula berpuasa enam. 

Puasa sunat Syawal seperti persepakatan ulamak seeloknya dimulakan pada 2 Syawal, dilakukan berturut-turut hari dan selesai pada 7 Syawal. Tapi kita kadang-kadang cuma merancang tapi Allah jua yang Maha Perancang.

Maklumlah dari hari pertama hingga hari keenam Syawal sibuk sangat mengepam perut berziarah dan menerima ziarah tetamu di rumah. Rasa tak sedap hati pula bila berziarah dan menerima ziarah orang di rumah sendiri dalam keadaan kita berpuasa. Oleh itu JR cuma memulakan puasa enam pada hari ini. Dan seperti tahun-tahun lepas JR lebih suka berpuasa sunat Syawal berselang hari, hari ini puasa, esok kasi chance perut mengorat makanan, lusa puasa balik, insyaallah...

Hari ini di Kedah ramai yang dah masuk kerja semula. Bagi yang sedang berpuasa kena kuatkan iman kerana ramai juga yang tak puasa, mulut bercakap sambil menayang dan mengunyah sisa-sisa kuih raya di pejabat.

"Sesiapa yang berpuasa Ramadhan, kemudian diikutinya puasa enam hari Syawal samalah seperti dia berpuasa sepanjang tahun" - (Hadis riwayat Muslim).

“Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dan diikuti kemudiannya puasa enam hari dalam bulan Syawal, keluarlah dari dirinya segala dosa seperti hari dia dilahirkan oleh ibunya" - (Hadis riwayat al-Tabrani)

4 comments:

  1. Walaupun lewat janji buatkan JR daripada tak buat langsung.

    ReplyDelete
  2. Subahanallah..jengok ke blog ini benar benar mengingatkan saya puasa enam di bulan syawal. Terlupa walhal nak mulai puasa sementera masih cuti..mujur ada masa ..tq JR ingatkan puasa yang dituntut itu

    ReplyDelete
  3. saya masih belum mula...hihihih

    ReplyDelete
  4. Baru ingat nak start hari ni. Tp bangun lewat pulak. Tu yg ingat esok lusa baru nak start. Hehe

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....