Ini episod ulang tayang yang setiap kali bulan Ramadhan JR nampak. Tadi pun nampak episod yang sama: wajah kanak-kanak yang terlalu muda keletihan kerana berpuasa. Sesetengahnya terlalu muda sangat - masih tadika - tapi sudah berpuasa penuh.
Baguslah ibu bapa yang bijak mendidik anak mengerjakan salah satu rukun Islam kepada anaknya dengan begitu berkesan. Tapi bagaimana dengan rukun Islam yang lain, adakah mereka mendidik anak melakukannya seperti sepatutnya?
Baguslah ibu bapa yang bijak mendidik anak mengerjakan salah satu rukun Islam kepada anaknya dengan begitu berkesan. Tapi bagaimana dengan rukun Islam yang lain, adakah mereka mendidik anak melakukannya seperti sepatutnya?
Jangan pula jadi seperti apa yang dikatakan oleh Ustaz
Datuk Abu Hasan Din Al-Hafiz:
Setengahnya ibu bapa tu bukan main bangga anaknya, bukan 7 tahun seperti kata Ustaz Abu Hassan, tapi 4 tahun lagi dah pandai puasa. Tapi bagaimana dengan solat sebagai tiang agama? Yang paling ironis ibu bapa yang bangga anaknya pandai puasa itu sendiri tak pernah nampak batang hidung bersolat di surau (kecuali berterawih, itu pun cuma di awal Ramadhan) walaupun jarak surau cuma beberapa meter saja dari rumah.
Solat tu tiang agama, bila berpuasa tanpa
solat seperti bina rumah yang cuma ada bumbung, tapi tak ada tiang,
tak ada dinding, tak ada lantai. Rumah apa namanya kalau cuma ada bumbung, nak rehat di mana, nak makan di mana, nak tidur di mana? Giler ke haper duduk di rumah cam tu..?
Bagi mereka yang berpuasa
tapi tak solat, mereka berpuasa untuk siapa? Jika mereka berpuasa untuk
Allah mengapa mereka enggan menyembah Allah? Ia cuma seperti mogok lapar untuk diri sendiri, bukan untuk Allah, kesiannya......
Betul kata Ustaz Datuk
Abu Hasan, ibu bapa perlu utamakan ajar anak-anak bersolat ketika masih
kecil, bukan menyiksa anak-anak dengan paksa mereka berpuasa tetapi
dalam masa yang sama tak kisah jika anaknya tak solat.
Betul kata Ustaz Datuk
Abu Hasan, anak yang menjaga solatnya akan menjaga puasanya, tapi anak
yang cuma menjaga puasanya mungkin bila besar dia tidak menjaga
solatnya. Lalu jadilah mereka umat Islam yang tinggal dalam rumah tanpa tiang,
kesiannn....
setuju tu
ReplyDeletetak tahu kenapa tapi solat macam sangat kurang dititik beratkan oleh ibu bapa sekarang
harap kita ambil pengajaran
terima kasih atas entri yang bagus ini :)
teringat saya pada satu gambar yg berjln pd bulan puasa beberapa thn lepas ... seorg gadis yg mengatakan bhw dia x kisah berpuasa tapi berbuka mesti ada arak ... confirm x solat !
ReplyDeletehaah,, macam rumah yang tak cukup tiangnya...
ReplyDeletemungkin puasa (bulan ramadhan) ni datang setahun sekali. tu yang orang kita macam excited sangat sampai paksa anak2 kecik puasa. ditambah pulak dengan pesta makan2 masa berbuka...
Betul tu.. Ana ajar anak2 jagaan ana puasa dari umur 4 tahun. Di samping tu solat kita ajar jugak. Lgpun tiada paksaan. Masing2 bkn nak makan pun. Cuma kalau tak larat puasa, ana bagi berbuka. Takde la lagi takat ni yg kata tak larat sembahyang. Hehe
ReplyDeleteramai yg suka buat sesuatu yg cuma dtg skali skala.klau solar fardu cuma .diperintah Allah setahun skali spt sun at hari raya tentu ramai org buat..
ReplyDeleteSebab di Malaysia ni, ramai lagi yg layan puasa sebagai ADAT, bukan IBADAT...kalau faham makna IBADAT,maka tak jadi macamni
ReplyDeletebetul.saya rasa terutama golongan dewasa yg masih culas solat tapi bln pose puasa x tinggal, solat tinggal.salah konsep dah tu.solat kn tiang agama...
ReplyDeleteyg berpuasa tetapi tak tutup aurat pun ramai.
ReplyDeleteyessss.... solat itu tiang agama!
ReplyDelete