»

10 July 2014

Aku Militan Briged Al-Qassam Malaysia


Penerbangan dari Amman ke KL yang memakan masa selama 10 jam terasa seperti 10 bulan... terasa lamanya atas pesawat! Sambil mata melirik ke arah kepekatan malam di luar jendela pesawat Emirates, teringat anak-anak dan isteri di Alor Setar. Agaknya sekarang mereka sedang bersiap-siap untuk menyambut kepulanganku di KLIA yang akan sampai kira-kira dua jam lagi.

Dah 6 bulan aku berkelana di Gaza. Sedikit pengalaman sebagai jurutera dicampur dengan pengalaman semasa berkhidmat dengan tentera dulu aku gunakan sepenuhnya bagi membantu Hamas yang sedang berjuang menentang kekejaman Israel di bumi Gaza.

Dua minggu lepas aku bersama-sama rakan dari Briged Al-Qassam telah berjaya melakukan operasi yang paling besar dalam sejarah hidupku. Bilangan kami tak ramai, cuma 10 orang. Semuanya cuma dengan dua matlamat: pertama jihad dan kedua berjaya atau mati!!
 
 

Dan alhamdulillah operasi sangat sukar itu berjaya akhirnya. Kerana jalan darat Gaza-Israel di kawal ketat tentera Zionis, kami menyelinap masuk ke Israel melalui jalan laut. Sebagai bekas anggota TLDM yang mahir dalam operasi menyelam mudah saja untukku bersama 9 anggota Hamas dari briged Al-Qassam yang menyintai jihad ini menyelam ke dalam laut dan akhirnya timbul di pesisir pantai selatan Israel.

Berjaya meletupkan pos udara Israel, melihat keseluruhan pengkalan udara Israel hancur menjadi debu bersama semua puluhan pesawat udara dan senjata canggih Yahudi adalah satu kejayaan besar kami. Tapi kejayaan ini sungguh tinggi nilainya, 7 anggota Briged Al-Qassam syahid ketika berbalas tembakan dengan tentera Zionis. Cuma tiga anggota termasuk aku yang selamat.

Dalam perjalanan pulang ke pengkalan kami di semenanjung Gaza, aku menangis. Dua rakan Briged Al-Qassam yang selamat bertanya mengapa aku menangis. Aku kata cita-citaku untuk syahid seperti 7 rakan yang lain tak tercapai. Dua rakanku meyakinkan aku banyak lagi operasi selepas ini dan mungkin satu hari nanti cita-citaku untuk syahid menentang kekejaman Zionis akan tercapai.

Sedang melayan kenangan di bumi Gaza, sedar tak sedar rupanya pesawat kami sudah menghampiri KLIA. Gembiranya hati, agaknya bagaimana wajah isteri dan anak-anak yang telah enam bulan tak ditemui?

Sebaik saja melepasi  Balai Ketibaan KLIA, tiba-tiba terlihat seorang wanita berjubah putih bersama enam anaknya. Isteri berlari ke arahku, memeluk tubuhku diikuti anak-anak. Selama beberapa minit kami tenggelam dalam kerinduan yang sungguh syahdu. Terlupa pada beberapa mata di sekitar yang mungkin sedang memerhati dan mengawasi kami.

Tiba-tiba...

"Encik...kami dari Cawangan Khas, PDRM.. Boleh encik ikut kami ke Balai Polis?" tanya seorang lelaki berbadan sasa dengan wajah kejam tanpa senyuman.

"Apa salah suami saya, tuan..?" tanya isteri aku, sebiji macam mengajuk skrip drama Melayu.

"Suami puan terlibat dalam kegiatan militan. Dia didapati berjuang membantu tentera Hamas untuk membebaskan Gaza dari cengkaman Israel"

"Tak bolehkah orang Islam membantu orang Islam lain yang tertindas encik??" tanya isteri dengan suara tinggi sedikit emo.

"Kamu tinggal di Malaysia, undang-undang Malaysia tak membenarkan rakyatnya membantu orang luar menggunakan senjata, tak kira membantu orang Islam atau bukan Islam" kata pegawai polis itu dengan tegas.

"Tapi di negara Islam lain mereka dibenarkan membantu saudara-saudara seagamanya, mengapa di Malaysia berbeza encik?"

"Haa..kalau dah tak suka tinggal di Malaysia, pergilah cari negara lain, kamu dan anak-anak kamu boleh pindah dari negara ini, kamu bokeh blah!!" kata pegawai polis itu dengan kasar ketika anggotanya mengiringi aku yang bergari menaiki kereta polis.

Di dalam kereta polis aku melihat begitu ramai orang di KLIA yang sedang memerhatikan aku. Tiba-tiba naik semangatku bila melihat mereka, lalu aku menjerit "Allah Akbar!!" disambut pekikan yang sama oleh mereka.

"Allah Akbar..Allah Akbar..Allah Akbar.." aku terus menjerit, seperti jeritan setiap kali kami dari Briged Al-Qassam menggempur tentera Israel.

Bab 2

"Eh..abang, apa menjerit-jerit  di pagi-pagi buta ni. Dah dekat sahur ni...tadi abang kata nak bangun masak ayam goreng??" kata isteri di sisi sambil menepuk-nepuk tubuhku yang tak berbaju.

Ah, bermimpi rupanya aku! Dah jam 4.00 pagi rupanya, kena bangun siap-siap untuk juadah sahur!

"Yang abang dok jerit-jerit Allah Akbar tu banyak kali pasal apa??" tanya isteri.

"Abang bermimpi berperang dengan Israel di Gaza" kataku pendek.

Nota: Setakat ini 73 warga Gaza telah terbunuh akibat kekejaman Israel. Hari ini saja 20 orang terbunuh termasuk 8 orang wanita dan  4 kanak-kanak yang tak berdosa. Mereka dibunuh dengan kejam tanpa peri kemanusiaan... Allah Akbar!!

** Sejak bila pula aku jadi anggota TLDM dan pandai menyelam? Berenang pun tak reti!!

12 comments:

  1. Perbanyakkan qunut nazilah masa witir terawih..perbanyakkan doa doa kita terutamanya ketika sujud....Abaikan mereka yg mudah MEMILITANKAN orang lain....Jujurnya, saya harap mereka ini yg buta hati dikurniakan hidayahNYA

    ReplyDelete
  2. Haha, Baik punya mimpi ni. Apa-apa pun kita doakan semoga rakyat Palestin sentiasa dilindungi oleh Allah.

    ReplyDelete
  3. Begitu memberi kesan, sampai termimpi mimpi ya...

    Dunia mmg bkn tempat tertegaknya keadilan, Israel yg membedil tidak dilabelkan militan/pengganas...yg berlaku sebaliknya.

    ReplyDelete
  4. Laaa..mimpi je ke? *sedih* ingat betul2 td. Semoga saudara kita di sana Allah pelihara. :) sedih sebenarnye sbb tak dapat nak bantu ape2. Hanya mampu berdoa je.

    ReplyDelete
  5. Haha! mimipi... andainya jadi kenyataan sanggup kah?

    ReplyDelete
  6. mimpi ada makna tu...kalau rakyat malaysia dilarang berjihad di syria dan iraq, jangan pula larangan sama ke atas mereka yang hendak membantu saudara mara kita di palestine

    ReplyDelete
  7. Orang yang takutkan kuffar dan cintakan dunia sahaja yang sekat perjuangan dan pertolongan sesama muslim.

    ReplyDelete
  8. kalau benar2 jd kenyataan??

    ReplyDelete
  9. Nasib baik cuma mimpi menjerit bukannya turut menggunakan kekerasan.. kalau tak.. huhuhu..

    ReplyDelete
  10. militant dah jadi momokan mereka yg takut bayang bayang sndiri..

    ReplyDelete
  11. Bersungguh2 Nurul baca.. hampir berlinang airmata bab tengah berpelukan melepas kerinduan tu.. tapiiii... urmm, Nurul dapat merasakan apa yang ingin disampaikan..

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....