»

13 July 2014

Dont Cry Brazil!!


Brazil kena lagi dalam penentuan tempat ke-3/4 Piala Dunia 2014 pagi tadi. Mula-mula dimalukan Jerman 7-1 dalam perebutan ke final, kini kena belasah dengan Belanda 3-0 pula. Brazil cuma layak di tempat ke-4 saja nampaknya...

Kekalahan Brazil menampakkan satu perkara jelas - betapa rapuhnya benteng pertahanan mereka. Mudah-mudah saja benteng pertahanan mereka dicerobohi dan dibolosi, semudah perairan Sabah dicerobohi pendatang dari Filipina, semudah sempadan utara Malaysia dicerobohi oleh penyeludup dari Thailand!

Kepada rakyat Brazil dan kepada peminat bolasepak Brazil di seluruh dunia jangan menangis. Dont cry Brazil! Kekalahan memalukan dua kali berturut-turut elok dijadikan iktibar oleh kita bahawa sesiapa saja yang berada di atas tak semestinya selama-selamanya berada di atas,ada masa mereka akan turun atau diturunkan, kemegahan silam hanya kenangan, sama ada secara terhormat atau secara yang tak terhormat seperti apa yang dirasai  pasukan bolasepak Brazil kini...

Untuk final esok ramai yang menjangkakan (termasuk JR) Jerman dapat meratah Argentina walaupun ada seorang Messi di dalam team Argentina. Tapi bola tetap bulat dan siapa pun dalam teori bulat boleh berada di atas atau di bawah....

4 comments:

  1. *baru baca sinar tadi, ada lagi kes polis marin kita ditembak kat sempadan (pulau mabul), sorang lagi diculik. harap pihak berkuasa dapat buat sesuatu.

    *saya rasa macam tak perlu diorang berpesta menonton final kat dataran merdeka malam ni. macam tak sesuai pulak, sebagai menghormati saudara kita yang mati di gaza. nak tengok, silakan. cuma ini bukan masa yang sesuai untuk berpesta macam tu.

    ReplyDelete
  2. Saya sokong pasukan yang menang.. hehehe..

    ReplyDelete
  3. walaupun saya tak ikuti WC ni..saya sokong jerman, haha.

    ReplyDelete
  4. Sian 'tuan rumah'. Kali ni dapat tamparan hebat. Tahniah Germany.

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....