JR nak tergelak dengan cerita dua penduduk kampung, satu di Johor dan satu lagi di Perak:
Penduduk kampung Parit Jerman, Pontian dan penduduk kampung Parit Jerman, Perak Tengah dikatakan begitu fanatik dengan pasukan bolasepak Jerman hanya kerana kedua-dua kampung itu bernama Parit Jerman. Malah penduduk kampung Parit Jerman, Pontian dikatakan akan membuat kenduri besar, kenduri nasi ambeng, jika Jerman menjuarai Piala Dunia kali ini. Cerita mengenai kedua-dua kampung itu ada di sini dan di sini...
Lawak sungguh, hanya kerana kampung mereka ada nama Jerman, mereka menjadi fanatik pasukan Jerman!
JR tak pasti bagaimana dengan penduduk Kampung Jawa, Parit Jawa dan Pasar Jawa, adakah mereka akan menyokong pasukan bola Indonesia setiap kali pertemuan dengan team bola Malaysia semata-mata kerana kampung mereka bernama Jawa? Begitu juga dengan penduduk Kampung Siam dan Titi Siam, adakah mereka akan sokong pasukan bolasepak Thailand setiap kali pertemuan pasukan Thailand dengan Malaysia?
Segala-galanya hanya kerana nama?
Bagaimana pula dengan penduduk Jalan Yahudi di Pulau Pinang, adakah mereka juga akan menyokong pembunuhan beramai-ramai yang sedang dilakukan oleh pemerintah Yahudi terhadap penduduk Gaza sekarang, cuma kerana tempat mereka tinggal bernama Yahudi??
Patutnya namakannya dengan nama 'Malaysia' seperti Kampung Malaysia Tambahan di Sungai Besi.
ReplyDeletekalau macam tu, orang felda new zealand mesti ramai yang kaki ragbi kan. hehehee...
ReplyDeletehehehehehe
ReplyDeletemacam2 :)
Kalau saya nampaknya kena sokong argenTINA ni. Hahaha
ReplyDeleteorang palong akan sokong poland..... ehhh
ReplyDeletePatutnye nama Jalan Yahudi tu kena tukar. Ish..sape la bagi name jalan tu camtu.
ReplyDeletelaaaa..ada nama jalan Jalan Yahudi??
ReplyDeleteSebelum menang.. takde sape pun yang nak peduli nama sesuatu tempat tu kan..
ReplyDeletehaah, ada pulak nama jalan yahudi..
ReplyDeletehuhu..awat nama jalan lagu tu?
ReplyDelete