Cepatnya Ramadhan berlalu. Pejam celik pejam celik hari ini dah masuk 16 Ramadhan. Maknanya fasa pertama Ramadhan dah berlalu. Kini kita berada di fasa kedua pula. Kalau pergi solat tarawih ada doa qunut ketika solat witir untuk fasa kedua ini.
Sempena memasuki fasa kedua Ramadhan ini, JR nak review sikit seluruh pencapaian JR di fasa pertama Ramadhan tahun ini. Dalam tempoh 15 hari pertama Ramadhan ini, rutin JR masih biasa seperti tahun-tahun terdahulu sejak bergelar suami dan ayah kepada enam anak:
1. Persediaan Berbuka Puasa
~ Seperti biasa setiap kali Ramadhan, JR akan membantu isteri memasak di dapur. Biasanya kami mula masuk dapur pada jam 5.30 petang. Di sepanjang bulan Ramadhan ini, waktu kerja pejabat di Alor Setar adalah antara 8 pagi - 4.30 petang. Jalan di Alor Setar pula bukan jem seteruk KL. Jadi pukul 5.30 petang dah boleh tercegat di dapur untuk menyediakan juadah berbuka.
~ Sebelum masak JR pastikan semua pinggan mangkuk dicuci dulu. Sejak mula kawin JR tak benarkan isteri membasuh pinggan mangkuk. Tangan wanita terlalu halus untuk dilunturkan dengan serbuk sabun...
~ Lepas itu baru start masak. Biasanya di dapur, kami ada pembahagian kerja: JR cuma tumpukan kepada masakan-masakan mudah sedia - goreng ayam, ikan, telur, masak nasi dan sediakan minuman untuk berbuka. Isteri pula tumpukan penyediaan masakan-masakan yang menunya lebih rumit, tak kiralah kari, sambal tumis, asam pedas dan lain-lain serta sedikit kuih/cucur.
~ Atas meja kami biasanya tak banyak lauk pauk seperti rumah orang lain. Cukup dengan nasi dengan satu menu berkuah, satu dua menu bergoreng, sambal dan sejenis atau paling banyak dua jenis kuih/bihun/mee/koewteaw. Yang penting ia hasil tangan sendiri dan dimakan panas-panas.
2. Berbuka Puasa
~ Biasanya JR cuma makan beberapa ulas tamar dan air, kemudian terus pergi solat Maghrib. Lepas solat Maghrib baru JR menyertai anak isteri makan. JR tak boleh makan banyak, takut tak ada tenaga masa solat tarawih di masjid. Sebab itu JR cuma makan kuih/ cucur semasa berbuka. Anak-anak dan isteri memang mereka tibai betul-betul nasi dan hidangan lain atas meja. Tak apalah depa masih muda...
~ Lepas pulang solat tarawih kalau lapar JR akan makan sikit saki baki kuih/cucur yang ada. Itu kalau laparlah. Kalau tak lapar untuk apa makan kan?
3. Sahur
~ Biasanya JR bangun pukul 4.00 pagi untuk sediakan makanan sahur. Masak nasi, panaskan makanan waktu berbuka semalam, kemudian goreng sikit apa yang patut dan lepas itu sediakan minuman.
~ Bila semua makanan dah sedia untuk dihidangkan, baru JR gerakkan isteri, ibu mentua dan anak-anak untuk bersahur. Ada rakan-rakan JR yang gelakkan JR kerana kata mereka, kerja bangun sediakan menu sahur itu bukan kerja suami. Tapi kata JR isteri perlu diberikan tidur yang cukup kerana mereka adalah 'ratu' rumah tangga...
~ Biasanya JR tak jamah nasi masa sahur. Cukup dengan habiskan saki baki kuih/cucur waktu berbuka. jika tak ada kuih/cucur/bihun/mee/koewteow, JR cuma makan beberapa biji kurma dan 2-3 keping roti bakar.
JR dan isteri bernasib baik kerana anak-anak tak pernah meminta untuk makan menu-menu hebat ketika berbuka dan sahur. Mereka juga tak pernah mengiklankan Bazar Ramadhan sebagai pilihan mendapatkan menu segera dan mudah. Alhamdulillah...
masih ada rupanya di dunia ini spesis suami yg membantu isteri di dapur spt abang JR
ReplyDeleteBertuahnya wife JR, moga kebahgiaan terus berkekalan.. aamiin..
ReplyDeleteSaya tak pikir yg tuan buat itu betul semuanya. Tuan ujudkan standard utk diikuti anak2 lelaki dan perempuan...ia sangat bahaya utk anak2 perempuan tuan yg. mgkin tak dpt suami sebaik tuan
ReplyDeleteAlhamdulillah..sebab JR ringan tulang bantu isteri. JR suami mithali. Iyelah, kadang2 isteri penat juga melayan karenah anak2. Tp tak boleh la semuanye suami yg buat. Kang isteri pijak kepala suami. Huhu. Tapi kalau bagi ana, ana lebih suka ana kat dapur tanpa bantuan sesiape.
ReplyDeleteRespect lah kat JR..
ReplyDeleteSaya mmg tak pernah bantu isteri memasak, sebab saya tak tahu masak...tolong kemas2 meja, basuh2 pinggan, sediakan pinggan sudu, ada la :)
Tahniah!mmg suami yang mithali (^_^)
ReplyDelete