»

26 June 2014

Siapa Shaqiri??


Awal pagi tadi JR sempat menonton perlawanan bolasepak Piala Dunia antara Switzerland lawan Honduras. Terpesona dengan gaya pemain Switzerland, Xherdan Shaqiri yang menjaringkan 3 gol menarik pada minit 6, 31 dan 71 yang membantu negaranya layak ke pusingan kedua Piala Dunia.

Tapi siapa Xherdan Shaqiri? Yang pasti dia bukan rakan JR bernama Shaqir yang kini tinggal di Kepala Batas, Pulau Pinang itu...


Xherdan Shaqiri (sebutan bahasa Albania: Dzerdan Shaqiri) dilahirkan pada 10 Oktober 1991 di Gnjilane, Republik Kosovo, sebuah negara kecil Eropah Timur yang 90% penduduknya beragama Islam.   

Kedua ibu bapa Shaqiri berhijrah ke Switzerland pada tahun 1992 membawa bersama 4 anak mereka, termasuk Shaqiri. Kini Shaqiri bermain untuk Bayern Munich. Di Bayern Munich dia digelar 'Messi edisi Alpine' dan 'budak kecil ajaib' kerana gaya lincah dan saiz badannya yang kecil menyamai saiz Lionel Messi (1.69 meter). 

Sebelum bermain dengan Bayern Munich pada 2012, Shaqiri bermain dengan kelab SV Augst (1999-2001) dan FC Basel (2007 - 2012). Bakatnya menyebabkan Shaqiri diserapkan ke pasukan kebangsaan Switzerland pada 2007 hingga sekarang. 

Shaqiri selalu menyifatkan dirinya sebagai seorang Muslim yang patuh pada agamanya. Dia kelihatan kerap berdoa sebelum memasuki padang:

 
dan bersujud selepas menjaringkan gol:


Shaqiri adalah antara beberapa orang pemain beragama Islam di Bayern Munich selain dari  Frank Ribery dan Emretela Can yang sama-sama berkongsi membiayai wang dengan kelab mereka untuk membina sebuah masjid di kota Munich khas untuk peminat kelab itu yang beragama Islam.

3 comments:

  1. Kire bintang sukan la ni ye JR? Bagus rupeny si Shaqiri ni. (Y)

    ReplyDelete
  2. bagus nya shaqiri..
    (lepas ni popularlah nama dia dikalangan bayi lelaki baru lahi
    rezeki diterima , bina masjid

    ReplyDelete
  3. france tetap di hati....ehhh

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....