»

25 June 2014

Seorang Drakula Bernama Luis Suarez


Bagi korang peminat bola tentu faham apa yang JR maksudkan dalam tajuk di atas.

Dalam perlawanan bolasepak Piala Dunia awal pagi tadi penonton dapat menyaksikan bagaimana penyerang Uruguay, Luis Suarez tiba-tiba menggigit bahu pemain Itali, Giorgio Chiellini:







                                      Tu dia..lima love bites!

Yang paling menarik, pengadil perlawanan tidak pun menghukum Suarez, tiada kad merah, tiada kad kuning, malah tiada amaran walaupun Chiellini menunjukkan kesan gigitan Suarez. Dan beberapa saat selepas gigitan gila pemain Uruguay itu, Uruguay mendapat gol dan Suarez nampak paling gembira di atas padang kerana gigitannya membantu Uruguay mendapat gol dan Itali tersingkir dari saingan.

Ini bukan kali pertama Suarez menggigit pemain lain ketika berada di atas padang. Pada 2010 ketika bermain dengan Ajax Amsterdam, dia telah digantung 7 perlawanan kerana menggigit pemain PSV Eindhoven, Othman Bakkal. Tahun lepas (2013) Suarez yang mewakili Liverpool telah digantung 10 perlawanan selepas menggigit pemain Chelsea, Branislov Ivanovic. 

Dan awal pagi tadi binatang bintang Liverpool ini menggigit lagi. Tapi kali ini dia tidak dihukum, tiada kad, tiada amaran.

Mengapa Suarez suka menggigit orang?
Kerana dia belum makan  sebelum masuk padang?


Atau kerana dia keturunan Drakula, pontianak, pelesit atau hantu raya yang suka menghisap darah orang?


Lepas ini jika Suarez main, sila pastikan:


7 comments:

  1. Hahaha..mengganas! Siap tinggal kesan lagi. Ana rasa diorang tak hukum 'drakula' tu sbb dia tak makan saman pun.. Terbukti sebab pernah buat berkali2. XD

    ReplyDelete
  2. Suarez ni mmg bad boy in football, talented, tapi suka undang masalah..FIFA katanya boleh ban dia for 2 years! Moga team Italy panjangkan isu ini

    ReplyDelete
  3. Tengok giginya pun menakutkan..
    Gambar last sekali tu yg paling sesuai...hihi

    ReplyDelete
  4. Pernah juga terbaca dan terdengar cerita simamat drakula ni....
    Kenapa kali ni dia tidak diambil tindakan?...tu yang heran tu...

    Lepas ni ramai lah drakula2 padang beraksi...baru adil...

    ReplyDelete
  5. cara desperate sgt tuh nak menang..

    ReplyDelete
  6. Dia lapar kot. Tak sempat nak makan sebelum match.

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....