Sila ambil perhatian: "pasangan" yang JR maksudkan dalam tajuk entri ini ialah pasangan suami isteri. Pasangan kekasih jangan perasan - haram mandi bersama!
Jadi soalan ini ditujukan untuk mereka yang dah kahwin saja. Fullstop.
Jadi soalan ini ditujukan untuk mereka yang dah kahwin saja. Fullstop.
Kepada yang belum kahwin tak payah jawablah ye soalan di atas.... Simpan dulu soalan ini sebagai panduan ketika melayari kehidupan berumah tangga nanti:
Imam Al-Bukhari meriwayatkan :
Maksudnya; "Daripada Aisyah R.Ha berkata : Aku sentiasa mandi bersama dengan Nabi SAW daripada satu bekas. Tangan kami sama-sama berselisih (ketika menggunakan air dalam bekas itu)"
HURAIAN
Mandi yang dimaksudkan
di sini bukan saja mandi biasa, bahkan juga mandi jinabah atau disebut sebagai mandi wajib. Dalam
hadis riwayat Imam Muslim, ada dinyatakan:
"Aku selalu mandi bersama dengan Rasulullah SAW daripada satu bekas, dan kami ketika itu sedang berjunub"
Bahkan Aisyah juga pernah bercerita bahawa ketika sedang mandi bersama Nabi SAW, Baginda SAW merungkai-rungkaikan rambut Aisyah.
Dan sambil mandi, mereka selalu bergurau seperti bermain-main air dan berebut-rebut mengambil air sehinggakan Aisyah dalam suasana sedang berseronok-seronok meminta kepada Nabi agar air itu disimpan untuknya kerana semuanya telah diambil oleh Nabi SAW.
Dalam hadis yang
lain, seorang lagi isteri Nabi SAW, Ummu Salamah, pernah bercerita bahawa dia mandi bersama dengan Nabi
SAW dan ketika itu Baginda menciumnya. Hal ini berlaku ketika Baginda
sedang berpuasa.
Oleh itu sebagai umat Nabi Muhammad SAW, selayaknya kita mencontohi amalan Rasulullah SAW ini.
Kenyataan sesetengah pihak bahawa mandi bersama-sama dengan isteri merupakan satu amalan jelik,
merupakan satu anggapan yang salah dan tersasar dari ajaran islam.
Bahkan, jika ditanya kepada kaum hawa, pasti mereka juga rasa dihargai jika diperlakukan sedemikian oleh suami masing-masing.
Sebagai isteri pula,
tidak selayaknya anda menolak apabila diajak oleh suami untuk mandi bersama. Lihatlah Aisyah dan Ummu Salamah yang tidak menolak
ajakan Nabi SAW untuk mandi bersama-sama. Bahkan, dilihat bahawa Aisyah
amat berbangga dengan tindakan Nabi yang mandi dengannya sehingga
sanggup menceritakan hal ini kepada sahabat-sahabat Nabi. Jika tidak, masakan kisah ini dibukukan dalam kitab-kitab hadis.
(Sumber: ahmadraje.blogspot.com)
Hahahhaha Mula2 kahwin jer dulu JR sekarang dah tak ada kihkihkih..
ReplyDeleteBulan puasa ni tak boleh ni JR ehe :)
Praktik lepas raya lah nampaknya :D
Nice sharing JR. Ambil ilmu sebagai panduan. :)
ReplyDeleteanak dah berderet2 camno la nak mandi samo ehh.. hahaha
ReplyDeleteDah lama sangat dah....
ReplyDeleteYang tuan punya blog pula dah berapa lama tak mandi dengan isterinya? Entah-entah tuan punya blog pun tak pernah mandi dengan pasangannya tak?
ReplyDeletesaya kena tengok saiz bilik air dulu, JR
ReplyDelete