»

12 June 2014

Fakta Menarik Piala Dunia


Mulai awal pagi esok bermulalah Piala Dunia FIFA 2014. Jika korang kaki bangku, esok pagi boleh sambung buat tahi mata hingga ke subuh (esok Jumaat, kami di Kedah cuti!!). Tapi bagi kaki bola sejati atau kaki bangku separuh masa seperti JR, pagi esok tentu tak ingin melepaskan peluang melihat permainan pembukaan Piala Dunia antara Brazil dan Croatia. Sudah tentu ramai yang memilih Brazil menang tanpa melupakan perlawanan pembukaan kadang-kadang penuh kejutan...

Bagi peminat bola di bawah ini ada beberapa fakta mengenai Piala Dunia yang wajib korang ketahui:

                                                              (sumber: Web Fifa dan wikepedia)
  
Fakta Menarik Piala Dunia Brazil 2014:

1. Piala Dunia 2014 kali ini adalah Piala Dunia pertama yang menggunakan teknologi garisan gol. Melalui teknologi ini pengadil boleh membuat keputusan tepat sama ada gol betul-betul menerjah jaring atau sebaliknya dengan  bantuan 14 kamera dan komputer canggih. Jika gol, pengadil akan merasakan satu getaran di jam tangan yang dipakainya bersama mesej yang mengesahkan 'gol!!'.

2.  Bagi memastikan keselamatan di dalam padang terkawal, Piala Dunia FIFA 2014 kali ini memperkenalkan teknologi terbaru penggunaan robot tanpa pemandu  sebagai pengawal keselamatan. Robot 'Packbot 510' yang dikenali sebagai 'iRobot' ciptaan Israel ini akan digunakan bagi mengesan sebarang unsur-unsur keganasan yang boleh menjejaskan perjalanan bolasepak sepanjang kejohanan berlangsung.

3.  Pasukan yang memenangi Piala Dunia FIFA 2014 akan membawa pulang US$23 juta manakala naib johan pula akan menerima US$25 juta. Setiap kelab yang memberikan sokongan kepada pemain mereka di dalam kejohanan ini juga akan menerima sejumlah ganjaran yang lumayan.

4. Piala Dunia 2014 ini akan dikenang sebagai Piala Dunia yang termahal dalam sejarah dunia yang memakan belanja sebanyak antara US$13 hingga US$18 bilion iaitu  melebihi kos tiga Piala Dunia sebelum ini digabungkan sekali.

5. Beberapa pasukan bola membuat permintaan istimewa untuk bilik penginapan pemain mereka sepanjang Piala Dunia kali ini:

- Uruguay: Penghawa dingin senyap di dalam bilik
- Iran dan Algeria: Al-Quran disediakan di setiap bilik
- Jepun: Jakuzzi di setiap bilik
- Portugal: Sebuah komputer di setiap bilik
- Perancis: Sabun mandi cecair menggantikan sabun buku
- Ecuador: Pisang yang diimpot dari Ecuador di setiap bilik

6. Piala Dunia kali ini akan berlangsung tanpa ucapan pembukaan rasmi. Ia bagi mengelakkan kemungkinan kejadian tidak diingini berlaku seperti protes orang ramai  yang tidak bersetuju dengan kos penganjuran Piala Dunia yang begitu mahal itu. Brazil pasti akan malu besar jika kejadian buruk berlaku ketika pembukaan rasmi yang disaksikan oleh berjuta peminat bola seluruh dunia.

7. Pengadil akan dibekalkan  'vanishing spray paint' yang membolehkan  pengadil membuat semburan cat di atas padang bagi menandakan tempat sepakan percuma yang akan diambil pemain. Penyembur cat ini akan beransur-ansur hilang selepas 1 minit.

8. Jika cuaca terlalu panas, pengadil dibenarkan menghentikan permainan selama dua hingga tiga kali bagi memberi peluang kepada semua pemain mengisi semula air yang hilang di dalam tubuh.
(sumber: www.sentiasa panas.com)

Kepada mereka yang  bersengkang mata untuk perlawanan Brazil dan Croatia pada pukul 4.00 pagi esok, alang-alang dah bangun, jangan lupa solat tahjud dulu.....

7 comments:

  1. Tak sangkat perlawana bola dunia ni adalah yang termahal. Patutlah rakyat negara diorang protes habis-habisan sehingga sanggup membunuh bagi mereka yang protes.

    ReplyDelete
  2. macam nak tuggu pulak..tp kena la tidur sat supaya boleh buat sunat tahjud bila bangunnya nanti...kalau terbangun sblm subuh la....haha. Go Brazil !

    ReplyDelete
  3. Hoho...demam fifa bermula lagi.. :D

    ReplyDelete
  4. Fakta Menarik Piala Dunia Brazil 2014 bagi no. 3 tu Juara akan membawa pulang berapa banyak sebenarnya ye..?

    ReplyDelete
  5. Saya tak minat bola, tapi tertarik dgn fakta yg diberi tu.

    ReplyDelete
  6. faktanya.. spanyol juara bertahan di pastikan gagal terlebih dahulu

    ReplyDelete
  7. Selamat Sejahtera,

    Terima kasih kerana share info ni.. artikel anda memang baik! Bolehkah anda luangkan sedikit masa untuk layari laman web kami http://perkhidmatan-lamanweb.operion.com.my/ ?

    Syarikat kami mengadakan promosi yang hebat! Operion servis untuk membina laman web E – Dagangan dan juga web informasi.

    Operion menyediakan perkhidmatan dan reka bentuk laman web,aplikasi e-dagang untuk mengukuhkan perniagaan dan strategi pemasaran internet anda.

    Terima Kasih. :)

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....