»

12 June 2014

Masjid Kotor Dan Jijik


Mudah saja nak tipu Melayu. Bagi peniaga bukan-Melayu mereka sudah pasti dah kaji psikologi Melayu yang merupakan pembeli terbesar di negara ini sebelum memasar barangan mereka. Bila dah tau psikologi Melayu, mudahlah mempermainkan perasaan mereka.

Jika di depan orang Melayu diletakkan dua bungkusan barang, yang pertama cap masjid dan yang kedua cap rumah pangsa, psikologi Melayu akan lebih terarah untuk membeli barangan cap masjid. Alasannya mudah saja: masjid tempat suci, pengeluar barang itu juga mesti orang Islam yang mementingkan kesucian.

Begitu juga jika diletakkan di depan orang Melayu dua bungkusan barang, yang pertama cap ketayap dan yang kedua cap topi besbol, rasanya psikologi Melayu lebih meminati barangan cap ketayap kerana ketayap lebih sinonim dengan Islam berbanding topi besbol.

Orang bukan Islam yang mengeluarkan barangan cap masjid dan cap ketayap, tentu ketawa dalam hati dengan 'kecerdikan' orang Melayu ini. Orang Melayu pengeluar barangan cap rumah pangsa dan cap topi besbol pula tentu geleng kepala bila orang Melayu lebih minat membeli barangan keluaran bukan Islam yang belum tentu terjamin kehalalan, kebersihan dan kesuciannya.

Begitulah yang terjadi 2-3 hari ini bila heboh tentang bihun cap masjid yang diperintah tutup oleh DBKL kerana kilangnya yang sangat kotor dan jijik. Pengeluar bihun cap masjid yang beroperasi di Jalan Ipoh ini bukan beragama Islam tapi dia pandai mengatur strategi dengan meletakkan masjid sebagai cap dagangannya yang pasti menarik belian orang-orang Melayu.

                                            Kilang bihun cap masjid yang kotor dan jijik. Foto - SN.

Seperti kata Persatuan Pengguna Islam Malaysia, orang Islam boleh buat pilihan sendiri sama ada mahu membeli produk bihun keluaran orang Islam atau bukan Islam. Antara bihun keluaran syarikat  yang dimiliki oleh orang Islam ialah bihun jenama Faiza, HPA, Jasmine dan Era.

Tepuk dada tanya selera...

7 comments:

  1. pernah jumpa bihun gamba masjid ni, tapi tak penah beli. Sebab saya mmg ragu2 kalau sesuatu produk tu guna lambang/nama ala Islam. Cth mknn lain - pau Ahmad. Kalau kedai makan sibuk gantung ayat quran sana sini pun boleh jadi keraguan pada saya.

    Saya prefer beli brand yang dah sahih sape empunya. Mcm bihun ni mmg beli Jasmine, Faiza kdg2 sbb tak jumpa.

    ReplyDelete
  2. Mujur tak pernah makan bihun cap masjid. Lgpun mmg tahu, byk orang cina pakai nama melayu utk tarik minat pembeli org islam. Pdhal peniaga tu tak bersih. Entah anjing lalu lalang ke kan. Nauzubillah!

    ReplyDelete
  3. hmmm..pttla sedap..huhuhuh.

    ReplyDelete
  4. Patutlah bangsa ni dah kaya raya. Dasar penipu..

    ReplyDelete
  5. Betul tu JR. Dengaq kata Bihun & Laksa jenama EKA dari Penang pon sama, kilang sebelah kandang bab1..

    ReplyDelete
  6. Psikologi Melayu ni JR, mmg unik...hahaha
    Saya pernah berbaju Melayu semasa di klinik..masa konsultansi, ada pesakit yg terpanggil saya " ustaz",padahal sebelum ni mmg selalu jumpa kat klinik..hihihih

    ReplyDelete
  7. boleh add blog saya dalam blog tuan ?http://beritapantas92.blogspot.com/2014/06/gambar-intim-erra-fazira-dan-jejaka.html

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....