»

13 June 2014

#Fifa 2014: MC (Sijil Sakit) Bola


Tentu ramai boss pening kepala di musim Piala Dunia sekarang. Ramai sangat staff yang MC (cuti sakit). Nasib baiklah di Kedah hari ini cuti. Jika tidak, tentu ramai boss yang akan menerima mesej begini dari staf mereka yang menonton perlawanan Brazil-Croatia awal pagi tadi:




Bagi boss yang cerdik tentu faham apa sebenarnya di sebalik MC itu. Demam, pening kepala, sakit perut, cirit-birit adalah antara alasan paling popular. Bagi boss yang dah biasa dengan trick 4 tahun sekali ini tentu akan menjawab:




Sijil sakit (MC) untuk orang tak sakit bukan perkara luar biasa di Malaysia. Pengalaman JR masa kerja di Pulau Pinang dulu ada sebuah klinik swasta kepunyaan seorang doktor India yang popular dengan gelaran 'Klinik MC' kerana MC boleh dibeli di kaunter tanpa perlu jumpa doktor. 




Tapi bila musim demam Piala Dunia ini, MC palsu sebegini bukan wujud di Malaysia saja tapi juga di seluruh dunia. Di Hong Kong misalnya MC palsu untuk Piala Dunia dijual pada harga $50 HK (RM20.73) sekeping:


MC palsu... nanti apa nak dijawab di Padang Mahsyar??

5 comments:

  1. Ahahahaha..siap mohon kt najib lagi tuh! Adoi, ramainye 'demam'.

    ReplyDelete
  2. last mc semasa lahirkan dak alya 5 tahun lepas..

    ReplyDelete
  3. ramainya yg demam nanti..
    bukan cikgu aja, budak sekolah pun sama..

    ReplyDelete
  4. saya nak print tweet antara Najib -KJ tu,nak tampal kat klinik:)

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....