»

26 May 2014

Piala Thomas: Rakyat Malaysia Yang Bantu Jepun Menang



Tertinggal info betul JR ni. Apalah!! Kata minat sangat dengan badminton, tapi tak tau pula salah satu faktor kemenangan Jepun kerana bantuan orang Malaysia sendiri:


KUALA LUMPUR: Disebalik kejayaan pasukan Jepun merangkul kejuaraan Piala Thomas semalam, ramai yang tidak mengetahui tentang salah seorang jurulatih pasukan negara matahari terbit itu adalah anak Malaysia.

Nama Izuan Ibrahim, tidak sepopular nama besar lain dalam arena sukan badminton, namun sentuhan beliau antara penyumbang kepada kejayaan Jepun semalam.

Anak kelahiran Kelantan ini adalah jurulatih kepada pemain persorangan Jepun, Kento Momota yang menewaskan pemain negara Chong Wei Feng dengan straight set 21-15, 21-17.

Bekas guru ini sekarang berkhidmat sebagai jurulatih junior pasukan kebangsaan Jepun di bawah Nihong Badminton Association dan jurulatih di R.S. Hamanaka.

Momota dan Abe Awe
 
Kejayaan Jepun buat kali pertama semalam sekaligus menaikkan nama Izuan yang lebih mesra dengan panggilan Abe Awe di kalangan rakan-rakan beliau di Kelantan.

Laman Facebook beliau turut dihujani ucapan tahniah daripada kawan-kawan yang mengenali anak Melayu ini.

Dalam perlawanan semalam, Jepun mencipta sejarah dengan merangkul gelaran Piala Thomas pertama mereka apabila menewaskan Malaysia 3-2 dalam perlawanan penuh dramatik. - HARAKAHDAILY 26/5/2014

8 comments:

  1. Sebalik kejayaan jepun, dibantu oleh rakyat malaysia sendiri.. Serius tak tahu. Tahniah malaysia. Jepun menang atas jasa baik jurulatih org malaysia. Inilah dinamekan Malaysia kalah bermaruah. :)

    ReplyDelete
  2. Syabas malaysia. Bangga sangat.

    ReplyDelete
  3. dia memang seorang yang profesional. dah tugas dia kan. apa pun kejayaan dia tu mesti sangat manis sebab nama dia pasti tercatat dalam sejarah sukan badminton jepun. tahniah. tak dapat piala thomas, dapat jurulatih yang hebat macam ni pun, rasa bangga jugak.

    ReplyDelete
  4. Bangga dengan anak Malaysia! Saya baru tahu rupanya jurulatih dia orang Malaysia.

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah, dapat dengar berita baik ini.. kini Malaysia akan buka mata!

    ReplyDelete
  6. Agak-agak BAM amik tak dia untuk latih pasukan badminton negara..?

    ReplyDelete
  7. Sbb nak majukan negara ada bnyk sgt birokrasi. Dah tu duduk le Malaysia kat level yg sama je.

    ReplyDelete
  8. Tahniah buat Abe Awe.. tugas disempurnakan sebaik mungkin..

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....