Rasanya inilah pertama kali dalam sejarah Malaysia atau sejarah dunia, kecantikan seseorang calon dijadikan modal pilihanraya. Biasanya parti yang bertanding akan menyentuh tentang kekuatan partinya dan kelemahan parti lawan, bukan paras rupa calon parti lawan.
Bila yang bergelar Menteri juga bercakap tentang soal kecantikan calon, nampak macam ada sesuatu yang tak kena. Atau kita sekarang semakin matang menyebabkan perkara kecil nampak besar:
1. Menteri Belia Dan Sukan, Khairy Jamaluddin:
3. Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi:
Susah juga kalau Allah jadikan muka kita cantik, orang terlupa bakat kita, orang asyik bercakap tentang kecantikan kita. Sekerat dua kerat saja yang mengkagumi bakat kita:
Apa pun kepada orang yang dianugerahkan Allah wajah cantik, lawa dan hensem jangan rasa sedih dengan kelebihan mereka. Kerana ramai mereka yang berwajah biasa-biasa seperti JR cemburu dengan kecantikan mereka...
saya tak sabar nak tgk keputusan pilihanraya di Teluk Intan ni..:)
ReplyDeleteHaha..kerana rupe lawa pun jd isu. Lawak betul politik. Tak kisah la dia pandai ke lawa ke tak ke. Yg pnting, dia pentingkan kepentingan rakyat bersama. Tu baru betul3 pemimpin.
ReplyDeleteKotornya politik Melayu...gambar aktress Filipina Pauleen Luna berbikini yang didakwa sebagai Dyana kini diedarkan ke seluruh masjid2 Teluk Intan. Menteri kata masjid tak boleh berpolitik, habis yg mereka edarkan gambar lucah aktress Filipina ke masjid tu bolehlah pula???
ReplyDeletehahahaha..apasal plok takut pada orang yang lawa....
ReplyDeletePolitik di negara kita kadang2 banyak buat lawak....cam tak berapa cerdik.
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeletecuba letak makcik2 ..mesti takder siapa pun nak kesah psl rupa paras nie...
ReplyDeleteMacam2 le derang ni. Komen Zahid Hamidi paling komedi skali.
ReplyDelete