"Horeyyyyy...esok tak cuti!!"
Terlompat seronok anak perempuan JR bila melihat di kaca TV Jepun mengalahkan Malaysia 3-2 dalam pertandingan akhir Piala Thomas di New Delhi sebentar tadi.
Sebenarnya anak JR bukan tak suka Malaysia menang, tapi dia takut jika Malaysia menang PM akan isytiharkan esok cuti peristiwa. Kalau esok cuti bermakna peperiksaan penggal sekolahnya terpaksa ditangguhkan sedang dia sudah bersiap sedia sepenuh hati dan jiwa untuk menghadapi peperiksaan kertas terakhir esok. Pada Rabu lepas di Kedah cuti peristiwa kerana kematian Pemangku Sultan dan peperiksaan telah ditangguhkan ke hari esok dan jika esok juga cuti, peperiksaan untuk kertas Sejarah ditangguhkan sekali lagi...
Jangan ingat anak JR tak patriotik. Dia cuma takut jika Malaysia menang esok sekolah cuti...
kalau menang pun..takpe je tak cuti kan...hahah..asik nak cuti je rakyat malaysia ni..
ReplyDeleteHahaha..statement najib kat twitter tu katanye org edit. Ntahlah. Btw mmg xnk cuti. Esok je last skolah. Pastu cuti dah. Hihihi~
ReplyDeleteBagus jugak tak cuti.. hari ni dan esok je sekolah.. lepas tu cuti penggal dah.. pihak sekolah pun lega.. apa yang dirancang berjalan seperti biasa.
ReplyDelete